Sunday, October 25, 2009

eXam FevEr

Assalamualaikum wbt serta salam sejahtera buat semua pembaca2 serta follower2 blog ted...maceh kerana selama nie menyokong blog ted (erm, cam msk contest lak kan...hiks~)

sepertimana yg kita smua tau skg nie seluruh IPT kat Malaysia (btol kew?) akan menghadapi musim peperiksaan, cuma mgkin ada yg awal dan mgkin ada yg lmbt jerk...erm, ted lak akan memulakan perjuangan bermula esok...(cuak seyh! haha~). berikut adalah jadual exam ted (saje jerk nak tunjuk... :p)

  1. NB 4013 Penyelesaian Masalah 1 (Isnin, 26/10 12 tgh)
  2. NB 4012 Tajuk Khas Sains Bioperubatan (Rabu, 28/10 12 tgh)
  3. NB 4122 Biokimia Gunaan (Rabu, 4/11 830pg)

amacam...hebatkan 3 subjek jerk...tp quite hard gak subjek2 nie...neway, kepada semua rakan2 seperjuangan dgn ted (biomed/4), rakan2 kos yg laen, junior2, serta semua yg akan mengambil peperiksaan nnt, ted nak ucapkan selamat berjaya kepada semua...

Good Luck in your examination...
ikhlas drpd ted

p/s: sedikit kata2 "lakukanlah yg terbaek demi maruah keluarga, bangsa, negara serta yg paling penting skali iaitu kepada agama yg selama ini kita pegang kukuh dan tersemat di dada iaitu ISLAM"

Tuesday, October 13, 2009

BiOmeD oPen hOUse '09

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Ape khabar smua pengikut2 dan pembaca2 blog ted (ade ke? haha~)
Kali nie, ted nak updatekan pasal open house kos yg kitaorg wat aritu. walaupon dah lame, tp baru jerk nak update sbb ted xsempat, lgpon 2,3 hari nie ted xbrape nak sihat la...hehe~

K lah, bnyk plak celoteh drpd ted nie kan...erm, pasal majlis nie. majlis nie diadakan pd 10/10/09 hari Sabtu lepas. lokasinya plak sgt strategik iaitu kat tingkat 12, rumah no 7 Plaza Rah (terima kasih kpd tuan rumah...hehe). majlis ini dihadiri oleh "ramai" kawan2 ted, secara totalnya 15org, lebey kurang 15% drpd semua biomed batch ted la. secara tepatnya 24% drpd semua yg menyambut Aidilfitri dlm batch ted...

majlis bermula pada pukul 12tghari dan tamat pada pukul 2ptg...walaupon dengan kehadiran sedikit, namun sambutan masih lagi meriah. antara makan2 yg ada pada hari itu: nasi terhimpit, kuah kacang, lontong, mee kari, roti jala + kari ayam, lemang, bihun (buatan mizz yanie) dan air sirap...banyak sgt makanan sampai kitaorg xhbs makan...heeee~

owh! lupa lak, antara yg hadir pada hari tersebut adalah: Wanie Aziz, Zafirah Ab, Firdaus Kamarulzaman, Muhd Hanis, Pika Afiqah, Noriffa Abdullah, Wanleeyana Kamil, YAni Yg HEpi, Jaa Fariezza, Nur Amira, Mizz Yan, Che Muda aka Nieza, Afriza Af, Putri Ayu dan last but not least Ted Dauz...(hampir smua ada kat dlm FB...hehe)

jom, layan pixa dlu...hehe~

"nie la kami smua yg menghadiri open house tersebut...=)"

"wah! semua pn dah lapar nie, tggl nak ngap jerk, tp tggu dlu...ketua xbaca doa agiw"

"masa mkn pn sempat lg snap2!"

"biasa la kami...photogenic (btoi ka?)"

"ble golongan perempuan beraksi didepan kamera, penat tangan golongan lelaki memegang kamera...ahakz"

majlis nie kira julung2 kali diadakan la, dan maybe juga kali terakhir diadakan sbb kami semua dah final yr, so dah grad nnt dah xde masa la sgt...atas dasar itu lah kami dengan bermati-matian mempromosikan majlis nie kpd smua supaya hadir, ttp penyertaan sgt la diluar jangkaan kami sampaikan satu tahap kami ingin jerk batalkan tp atas alasan maybe kali nie adalah yg terkahir so proceed gak walaupon xramai org...pd yg xhadir, maybe ada alasan mereka masing2, tp satu jerk ted nak ckp, TERIMA KASIH kerana telah mengecewakan hampir smua yg dtg pada hari tersebut sampaikan kwn ted dah give up...dia ckp, nie kali terakhir dia nak handle, nxt time, dia xkan handle lg aktiviti yg melibatkan semua org sbb nie bkn kali pertama kami dikecewakan...Sedey sgt ble kita dah bersusah payah sediakan everything, dr awal kami uruskan sendiri...fine, xnak tlg xpe, tp at least dtg la...gembira skit kami apabila melihat ramai kengkawan dtg, berbaloi gak usaha selama nie, tp apakan daya kan (wah! tber emo plak pakcik nie sorg, nie hri baik, bulan baik, buat ape nak gado2???)

panjang plak entri kali nie jadinya...tp xpelah, kepada sesiapa yg mengenali diri ini dan terbaca post nie dan terasa plak pedasnya, 1001 kemaafan sya ucapkan...bkn niat dihati utk memangkah sesape, tp just utk meluahkan isi hati yg udah lame terpendam...itu ajer...

Sunday, October 11, 2009

Masa utk Derma Darah...

Rindu sangat2 nak update blog, tapi disebabkan kekangan dari segi masa membataskan semuanya serta tiada benda menarik untuk diposkan...dan Alhamdulillah hujung minggu nie banyak pula ilham berguguran jatuh...jadi, bermulalah penulisan aku...jangan risau, aku akan updatekan atu persatu...hehe~

Kita mulakan satu-satu yerk...erm...untuk pos kali ini berkenaan derma darah...mengapa? haaa...sebab pada 10/10/09 diadakan Kempen Derma Darah di Kolej Tun Syed Nasir, UKM KL anjuran BSMM dan JAKSA...



Dengan menggunakan slogan "Menderma adalah Tanggungjawab Semua" rasa-rasanya apa yang dapat anda fahami daripada slogan diatas? Secara jujurnya sya sendiri tidak dapat memberikan definisi setepatnya. dari apa yang saya faham adalah menderma darah ini adalah merupakan satu tanggungjawab murni yang setiap daripada diri kita kena faham peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. dan atas dasar itulah saya dengan perasaan gembiranya mendermakan darah, tidak pernah terlepas peluang, selalunya kalau ada kempen kat mana-mana mesti nak join, tapi kadang-kadang tertinggal certificate (buku merah) la...macam2! hari ini merupakan kali ke-5 saya mendermakan darah dan saya masih merasakan kurang...haha~

okey lah, banyak sangat membebel ntah pape kan...nie saya ada sesuatu nak dikongsikan berkenaan menderma darah sekadar untuk renungan bersama dan menambahkan lagi pengetahuan...


-->
Kepentingan menderma darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah
Anda layak menderma sekiranya
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C


PENTING !!!
Anda DILARANG menderma darah sekiranya :
Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
  1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
· Sifilis
· Malaria
· Sakit jantung
  1. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
  2. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
  3. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
  4. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja
Apakah alasan anda tidak menderma darah ?
1. Saya telah pun menderma darah sekali
Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan
2. Darah saya bukan jenis yang betul
Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian
3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?
Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak
4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum
Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun
5. Saya terlalu lemah
Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja
7. Saya terlalu sibuk
Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa
Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda



Ini adalah sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat...muhasabahlah diri kita sendiri, apakah tindakan yang telah kita ambil dan adakah tindakan kita itu adalah sewajarnya...jadi, apa tunggu lagi, ajaklah beramai-ramai untuk menderma darah...(^-^)v

"gambar ini diambil bukan semasa ak menderma darah td, tp nie semasa Karnival 4KL bulan Februari yg lalu...hehe"