Sunday, October 11, 2009

Masa utk Derma Darah...

Rindu sangat2 nak update blog, tapi disebabkan kekangan dari segi masa membataskan semuanya serta tiada benda menarik untuk diposkan...dan Alhamdulillah hujung minggu nie banyak pula ilham berguguran jatuh...jadi, bermulalah penulisan aku...jangan risau, aku akan updatekan atu persatu...hehe~

Kita mulakan satu-satu yerk...erm...untuk pos kali ini berkenaan derma darah...mengapa? haaa...sebab pada 10/10/09 diadakan Kempen Derma Darah di Kolej Tun Syed Nasir, UKM KL anjuran BSMM dan JAKSA...



Dengan menggunakan slogan "Menderma adalah Tanggungjawab Semua" rasa-rasanya apa yang dapat anda fahami daripada slogan diatas? Secara jujurnya sya sendiri tidak dapat memberikan definisi setepatnya. dari apa yang saya faham adalah menderma darah ini adalah merupakan satu tanggungjawab murni yang setiap daripada diri kita kena faham peranan kita dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. dan atas dasar itulah saya dengan perasaan gembiranya mendermakan darah, tidak pernah terlepas peluang, selalunya kalau ada kempen kat mana-mana mesti nak join, tapi kadang-kadang tertinggal certificate (buku merah) la...macam2! hari ini merupakan kali ke-5 saya mendermakan darah dan saya masih merasakan kurang...haha~

okey lah, banyak sangat membebel ntah pape kan...nie saya ada sesuatu nak dikongsikan berkenaan menderma darah sekadar untuk renungan bersama dan menambahkan lagi pengetahuan...


-->
Kepentingan menderma darah
Darah yang diderma boleh menyelamatkan nyawa seseorang terutamanya :
  • Mangsa kemalangan
  • Pesakit yang menjalani pembedahan
  • Bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning (jaundis)
  • Pesaktit Thalassemia dan Hemofilia
  • Ibu yang mengalami tumpahan darah
Anda layak menderma sekiranya
  1. Berumur 18 tahun ke atas
  2. Berat badan 45 kg dan ke atas
  3. Sihat tubuh badan
  • Sihat pada hari menderma
  • Tidak pernah mengalami masalah semasa menderma darah
  • Tidak mengambil ubat aspirin atau sebarang ubatan yang lain dalam tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menerima sebarang imunisasi dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak menerima rawatan pergigian dalam tempoh 24 jam yang lepas
  • Tidak mengalami selesema, batuk, sakit tekak atau sebarang jangkitan dalm tempoh satu minggu yang lepas
  • Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak mengandung atau menyusu anak di bawah 1 tahun
  • Tidak pernah menerima pemindahan darah dalam tempoh 6 bulan yang lepas
  • Tidak bertindik di mana-mana bahagian tubuh badan (akupuntur, tattoo, berbekam) dalam tempoh 1 tahun yang lepas
  • Tidak mempunyai ahli keluarha yang mengidapi Hepititis B atau C


PENTING !!!
Anda DILARANG menderma darah sekiranya :
Anda mengamalkan cara hidup yang tidak sihat (berisiko tinggi) seperti berikut :
  • Menggunakan dadah secara suntikan
  • Mengamalkan homoseksual /biseksual/bertukar-tukar pasangan seks
  • Mengadakan perhubungan seks dengan pelacur/melacurkan diri
  • Pernah mengadakan hubungan seks dengan mereka yang tersebut di atas
  • Merupakan pembawa virus Hepititis B & C atau telah dijangkiti Virus HIV atau mengidapi AIDS
Anda juga tidak digalakkan menderma jika anda :
  1. Menghidapi penyakit-penyakit seperti :
· Sifilis
· Malaria
· Sakit jantung
  1. Sedang dirawati untuk apa-apa penyakit
  2. Telah menjalani pembedahan kurang daripada enam bulan sebelum tarikh derma darah
  3. Ibu yang sedang mengandung atau menyusukan anak
  4. Bertujuan hanya untuk menguji darah sahaja
Apakah alasan anda tidak menderma darah ?
1. Saya telah pun menderma darah sekali
Terima kasih atas sumbagan anda. Teruskan khidmat baik anda. Untuk pengetahuan anda, seseorang boleh menderma darah sekali dalam 3 bulan
2. Darah saya bukan jenis yang betul
Jumpa doktor kami untuk mendapatkan kepastian
3. Orang lain sudah pun menderma, jadi kenapa pula saya lagi ?
Benar, kini lebih ramai penderma diperlukan setiap tahun. Jadi setiap penderma dikira mustahak
4. Saya takut sakit apabila dicucuk jarum
Jangan bimbang ! ada berita baik ! sekarang kami menggunakan pelali, tidak sakit pun
5. Saya terlalu lemah
Kita akan memeriksa berat badan, tahap hemoglobin dan tekanan darah sebelum menderma darah. Bagaimanapun jumlah darah yang akan diambil akan digantikan melalui proses semulajadi dalam tubuh anda dalam beberapa jam sahaja
7. Saya terlalu sibuk
Orang lain pun begitu. Sudah tentu anda boleh meluangkan setengah jam atau lebih untuk menyelamatkan satu nyawa
Darah anda mungkin boleh menyelamatkan nyawa seseorang dan darah orang lain pula mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda



Ini adalah sekadar untuk berkongsi sedikit maklumat...muhasabahlah diri kita sendiri, apakah tindakan yang telah kita ambil dan adakah tindakan kita itu adalah sewajarnya...jadi, apa tunggu lagi, ajaklah beramai-ramai untuk menderma darah...(^-^)v

"gambar ini diambil bukan semasa ak menderma darah td, tp nie semasa Karnival 4KL bulan Februari yg lalu...hehe"

No comments: