Monday, August 30, 2010

10 Terakhir~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, sedar atau tidak...kita telah pun memasuki 10 malam terakhir Ramadhan bagi tahun nie...cuba kita imbas kembali 20 hari pertama bulan Ramadhan kita...camne agaknya ya?adakah kita telah berpuas hati @ masih sama sejak sebelum Ramadhan @ banyak yg telah berubah sejak bulan Ramadhan bermula? walauapapun, tepuk dada, tanya selera...diri sendiri yang tau kan...

well, kat sini da soalan2 yg aku tertanya2 kat diri aku...so aku nak tanya gak kat korg...
  1. berapa kali korg g solat terawikh berbanding ngan g bazar ramadhan?
  2. berapa banyak masa dihabiskan untuk menonton tv berbanding membaca Al-Quran?
  3. berapa banyak korang berhabis untuk persiapan raya berbanding menghulurkan sedekah?
  4. berapa banyak korg menonton program hiburan berbanding mendengar tazkirah2 agama?
  5. berapa kali mulut korg mengeluarkan kata2 tak elok (tmbh2 kalau masa memandu) berbanding mengucapkan zikir?
  6. berapa banyak masa dihabiskan utk tidur berbanding solat ditengah malam?
itu la sebahagian je, xsampai separuh pn lg...ada lg, tp biar jela...huhu...so cena? ada tak korg tertanya2 soklan nie dlm diri korg buat masa nie? kalau tak de, bley la muhasabah diri sekarang...dah tak lame Ramadhan nak tinggalkan kita...sedey plak rasa dihati...yelah nak tggu tahun depan, belum tentu lg dpt jumpa...cuma doa jela dipanjangkan umur supaya dipertemukan skali lg dgn Ramadhan tahun hadapan...

~wassalam~

Kemerdekaan~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam Kemerdekaan, salam Ramadhan, salam 1 Malaysia...

apa khabar semua? nie nak tnya korg nie, ape maknanya kemerdekaan bg korg smua? adakah ianya bermaksud setiap kali tibanya tanggal 31 Ogos, anda smua berkumpul dan menantikan detik 12mlm, dan kemudian melaungkan "Merdeka", "Merdeka", "Merdeka"...dan selepas itu terus dilupakan...so, tggu plak tahun depan utk sambut merdeka..camtu ke?

bg aku lak, lebey kepada mengenang kembali jasa dan pengorbanan pahlawan2 yg telah berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara...tanpa mereka, kita tidak akan dapat mengecapi kemerdekaan dan hidup di negara yang aman dan permai ini...walauapapun, pengertian kemerdekaan bg setiap org adalah berbeza...btol x?

tahun nie negara menyambut kemerdekaan yg ke 53...alhamdulillah, nikmat kemerdekaan yg kita kecapi membuatkan kita bersyukur kerana negara bebas dr penjajah jika dibandingkan dengan negara lain yang masih lagi berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negaranya...tp, kadang2 kemerdekaan yg diperolehi bkn dr generasi sekarang, menjadikan generasi sekarang, ramai yg tidak menghargai nikmat kemerdekaan itu...nauzubillah~

sambutan kemerdekaan pada tahun nie kelihatan agak hambar, nie kat negeri aku la...bley bilang ngan jari je bape kete yg melekatkan jalur gemilang, bape rumah yg menaikkan jalur gemilang...even worse, govenment's building pn tak dinaikkan jalur gemilang...ada yg naikkan, cuma dua tiga ketul je...cam ne nie? mungkin sbb bulan puasa smua busy beribadah kot, so tak sempat...mgkin gak sambutan kali nie secara dalaman je...huhu...siapa tau kan...

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"

neway, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN yang ke 53 buat seluruh rakyat Malaysia...kemerdekaan yg dikecapi, dont take it for granted k...

~bye~

Monday, August 23, 2010

11Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sedikit perkongsian utk hari ini...11 Jenis Manusia Yang Didoakan Malaikat...

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang tidur dalam keadaan yang suci,malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.'"

2. Orang yang sedang duduk menunggu solat.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunila ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir Al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Kalangan malaikat berkumpul pada solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik ( ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. "Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"Mereka menjawab:'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak.'"

10. Orang yang makan sahur.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang melawat orang sakit.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
"Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudarannya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga ke petang dan di waktu malam hingga Subuh."

~wassalam~

Khas utk ko~

Entry khas utk Diva...

wes, Diva ko nak tau kan ape isi kat dlm box coklat Beryl's tu kan...haaa...nie gmbrnya, enjoy k...haha~

"Beryl's Chocolate"

yg dlm circle tu khas utk ko, aku tau ko minat yg tu...i know u better la...haha~

~daaa~

Monday, August 16, 2010

Selamat Berpuasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Di harap tak terlambat nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua pembaca2 blog nie...ucapan dari jauh, semoga ramadhan kali nie membaca cahaya kedalam hidup kita...InsyaAllah~

pixa credit from: I Luv Islam

~wassalam~

Update Konvo

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah tamat sudah sidang konvokesyen aku...maaf la lambat update kat blog, tidak berkesempatan...huhu~

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar gak...tiada masalah, sempat berjumpa ngan SV dan beberapa org kwn walaupn xsempat jumpa ngan smua...

bergmbr pn xde sgt...dr kamera aku, hanya ada di rumah saje...kat DECTAR xde pn...seyesly, mood sebenarnya xberapa nak elok, tp cover jela kan depan parents...yela kan, kuar DECTAR, cari parent, pastu g solat...then trus balik...so, nak jumpa sape? haha...yg kat masjid jela jumpa pn...

then, thanks to enchek padel for the present...satu2nya la hadiah utk konvo...hehe...tq dude~

"coklat, dr enchek padel~"

~bye~

Sunday, August 8, 2010

Esok Hari Penting~

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat wahai pembaca2 sekalian? anda baikkah? hehe~

kna ceria2 selalu, bangun awal pagi, baru la rezeki senang masuk...ok~

tomorrow merupakan hari yg agak penting jugak la dlm hidup aku dan rakan2 seangkatan sbb apa, sbb esok kami akan bergraduasi dan akan bergelar graduan...hehe~

Alhamdulillah semua penat lelah belajar, mentelaah pelajaran akhirnya berakhir dengan segulung ijazah...anda semua sepatutnya berbangga, tidak kiralah apa pangkatnya, 1st degree honour ke, 2nd degree ke...yg penting itu semua adalah usaha anda sendiri selama 3@4@5 thn ini...berbanggalah ok~

kawan2, minta doakan segalanya berjalan dengan lancar yek esok...risau nie...hehe~

owh! dijemput gak kepada sesape yang ingin dtg melihat aku berkonvo...hehe...kat UKM, Bangi...sidang 6...Esok, petang...kul 5 nnt kuar DECTAR...ok~



Live from R&R Seri Kembangan
~bye~

Friday, August 6, 2010

Selamat Pagi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat pagi, Salam 1 Malaysia, Salam Rindu, Salam Sayang, Salam Perpaduan kepada semua...

Mulakan hari anda dengan senyuman walaupun dalam hati anda masih sedey @ terluka, dll...

Kehidupan hanyalah sementara sahaja...Jangan biarkan perasaan mengawal diri kita...Yang penting ceria2 selalu~

Live from Pantai Bagan Pinang, Port Dickson (06/08/10-Jumaat)

~bye~