Sunday, December 25, 2011

Rangkuman 2011

JANUARI
- memasuki tahun baru macam biasa.
 
FEBRUARI
- satu peristiwa yang betul2 mencalar imej dan kredibiliti aku dalam menjalankan tugas... sangat tertekan dengan apa yang berlaku.

MAC, APRIL, MEI & JUN
- kerja siang malam tak hingat dunia

JULAI
- back to KL (bukan atas urusan kerja) berjumpa dengan mereka2...really have a great fun even though ianya hanyalah 1 day trip.

 aku dan mereka2

OGOS
- Aidilfitri yang kosong

SEPTEMBER
- Kerja siang malam

OKTOBER
- Back to KL again (juga bukan atas urusan kerja, kalau atas urusan kerja hampir tiap2 bulan aku g KL)
- Menonton teater The Secret Life of Nora
- Lepak2 with best-est buddy
- Makan n menghabiskan duit

 TSLoN ticket

NOVEMBER
- 1st time dalam hidup menjalankan ibadah Qorban hasil titik peluh sendiri...Alhamdulillah sangat gembira, really enjoy the moment.

 Akad
 
DISEMBER
- dapat berhubung balik dengan beliau selepas 1 tahun lebey mendiamkan diri...Alhamdulillah, harap dapat keep in touch lagi...
- dapat berita gumbira dari kawan baek, Alhamdulillah happy bagi pihak ko...=)
- 1st time ever aku main futsal, actually 1st time jugak aku pijakkan kaki ke gelanggang futsal...sebelum ini, gelanggang futsal tu langsung tak menaikkan nafsu aku utk main futsal (well, of course aku kna paksa sebenarnya dan nak jaga hati member2 and aku mintak lepas nie aku takkan lagi pijakkan kaki ke gelanggang futsal lagi...huhu~)

what a boring life kan...tapi walauapapun terjadi, thats my life dan aku rasakan ianya sangat fantastik...ada suka, ada duka, bosan, benci, marah, smua bercampur dalam satu tahun dan semua pun dah jadi kenangan...yang baik aku jadikan teladan, yang buruk aku jadikannya sebagai sempadan...harap tahun 2012 akan jadi lebih baik dengan beberapa aktiviti dah disusun dengan moleknya tinggal nak diperkemaskan...tak mo bgtau korang lagi apa, tapi InsyaAllah ianya akan berjalan dengan lancar...=)

Friday, December 23, 2011

Back From The Ashes

from the ashes guys, not the asses..so, pronounce it right!

juz a very quick one since member aku cakap aku dah mati dari blogging...

i'm not really 'mati' or stop blogging, it just that beberapa perkara yang berlaku lately menyebabkan aku memasukkan diri aku ke dalam fasa dorman, not entirely but relatively je...dorman from the outside world, limitkan hubungan aku dengan semua except dengan beberapa orang...

sebab ape, tak nak aku ceritakan, tapi aku dalam proses nak reorganize back my ugly miserable life...try to accept the fact, the truth...

this will be my 2nd last entry of the year (year 2011 of course), akan ada satu lagi yang last...then, aku akan buat perubahan sikit pada blog nie, mungkin membawa tema baru yang lebih menyegarkan (hope so~). cuma masalahnya skg, aku belum jumpa lg apa tema yang aku nak bawak...hoho...malas sangat nak berfikir lately...

****************

sambung cerita lain plak...

nah, ko nak tengok gambar kek kan aritu, nie aku masukkan...ala, kek biasa je...kalau aku celebrate ngan ko, harus aku dah ajak ko pegi SR since SR menyediakan banyak kek yang berasaskan cheese...:P 

layan~





Thiz adalah Red Valvet Cake...


Butter Cake

Nie bukan kek, tapi aku nak citer kat ko, on the very day, aku pegi la bekpes kat kfc, nak ubah selera pepagi, tp bekpes dia cam hell je...tak best langsung, aku lebih prefer bekpes kat mcd lg...jom mcd nilai~


****************

nak gtau gak, lately kebanyakkan orang yang mesej aku diaorg terasa hati dengan the way aku reply mesej2 depa...

ok, 1 thing je...baru korang tahu perasaan aku bila korang cakap sesuka hati je pasal aku, tanpa memikirkan langsung ape perasaan aku pada masa tu...maaf, aku seorang manusia biasa, yang lemah, iman yang lemah...kesabaran aku ada juga tahapnya...bebas~

Tuesday, September 13, 2011

Kambing Hitam

hitam sangatkah aku sampaikan aku dijadikan 'kambing hitam'?

kenapa orang nak mengambil kesempatan di atas diri aku?

kita senasib wahai kambing

Monday, August 22, 2011

Kad Raya 2011

Tahun ini seperti juga tahun-tahun yang sudah, aku masih meneruskan tradisi iaitu memberi kad raya, yang sebenar dan bukannya kad raya digital. aku pun tidak pasti kenapa aku meneruskannya, aku hanya mengikut kata hati yang seakan tidak mahu duduk diam dan asyik menyuruh aku pergi membeli kad raya.

tradisi menghantar kad raya ini semakin berkurangan dan mungkin satu hari ianya akan hilang, lenyap, pupus daripada kehidupan kita. ini dapat dilihat sewaktu aku ke kedai buku untuk mendapatkan beberapa keping kad raya, aku lihat kad raya sudah semakin kurang dihasilkan, tidak banyak pilihan yang ada, rak yang digunakan juga semakin berkurangan, adakah ini petanda atau hanya perasaan aku sahaja?

seterusnya, penceritaan melalui gambar:

Inilah kad raya aku dapatkan daripada kedai buku tersebut. aku lebih menyukai kad raya berbentuk korporat seperti begini jika dibandingkan dengan kad raya yang ada gambar-gambar kartun segala bagai itu. kad raya ini seterusnya akan diisi dengan kata-kata @ madah-madah @ janji-janji manis dan juga ucapan hari raya serta ampun maaf...

dah mengarang semua yang nak ditulis, nak diluahkan, masukkan terus dalam envelope. tapi sebelum tu, spray la sikit minyak wangi ataupun masukkan bedak bagi wangi untuk menarik perhatian si dia (jangan nanti bedak disalah anggap dengan anthrax dah la...hehe~). erm, ada juga cium dlu puas-puas sebelum dimasukkan dalam envelope...haha~

p/s: aku tak buat ok perkara-perkara di atas...haha~

ok, yang gambar atas tu, kad raya tadi yang aku dah siap-siap tulis dengan alamat sekali, tinggal setem je tak beli lagi...jadi, esok sudah boleh diposkan...alamat penerima terpaksa diblurkan kerana identiti penerima dirahsiakan...so, nanti tengok la, kalau surat tu sampai kat rumah korang, maksudnya korang dapat la kad daripada aku...hehe~

kad ini pun aku baru tulis gak...kad ini spesel sikit sebab kad ini bakal menerima nasib sama seperti kad di bawah.

kad inilah yang aku maksudkan. kad ini aku tulis pada Ramadhan tahun lepas, lepas dah siap semua, alamat dah tertulis, setem dah tampal.........akhirnya, aku simpan dan masukkan dalam bilik kebal aku...hehe~

kepada siapakah surat ini? kenapa aku tak hantar? biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dengan kad tersebut sahaja...

sekarang nie, di tangan aku masih ada beberapa keping yang masih belum ada pemiliknya...jadi, ada tak sesiapa yang nak kad raya tersebut? kalau ada, nnt aku hantarkan kat korang (if sempat la), just pm me your address k n name of course...=)

Wednesday, August 17, 2011

Colek

Colek! anda tahu apa itu colek? colek tu bukannya culik @ cuit ye...colek nie berasal dari perkataan mana aku pun tak berapa pasti, tapi ianya memang femes digunakan oleh rakyat kelantan. colek nie bermaksud a dish of mixed seafood like prawns or squid, chicken, potatoes, dried beef and others dipped in flour and deep-fried (sumber thestaronline). dia ada macam-macam jenis, colek ayam, colek buah. aku tak pasti orang selain daripada kelantan panggil apa, rojak kot! tapi kalau kat kelantan rojak tu rojak mee.

ok, colek nie femes masa bulan puasa nie dan selalunya lepas berbuka @ lepas terawih ianya di makan. sekarang nie, restoran yang menjual colek pada bulan Ramadhan nie ibarat cendawan tumbuh lepas hujan, banyak sangat, tapi tidak semuanya adalah sedap!

bagi sesiapa yang tercari-cari restoran yang menjual colek nie di kelantan, yang datang jalan-jalan atau bercuti di kelantan di bulan puasa nie @ orang kelantan yang akan balik bercuti nanti dan tercari2 kedai nak membeli colek ni, aku nak cadangkan kat korg beberapa tempat (tempat-tempat yang aku cadangkan kat area Cherang ya, my village...sbb apa aku cadangkan tempat nie sebab dekat ngan rumah aku dan yang nie yang femes...hehe~)

1. Restoran Nasi Ulam
kenapa restoran nie namanya restoran nasi ulam sebab pada bulan-bulan biasa waktu tengahari, restoran nie menjual menu nasi ulam yang memang femes juga di Kelantan nie. pada bulan Ramadhan pula, mereka menjual colek ayam yang memang sangat femes. kalau tanya orang memang akan tahu restoran ini. yang nie aku letakkan sebagai no 1 sebab most preferred from me myself lah. sangat best dan harga pun berpatutan! ramai yang sanggup beratur panjang untuk membeli colek di sini dan ada yang dah mula beratur sebelum azan isyak lagi (bagi yang tak pegi terawih).lokasinya betul-betul terletak hampir dengan simpang 4 Kg Cherang (kalau tak jumpa, tanya orang di mana simpang 4 Wau Bulan, mesti orang kenal sebab di simpang 4 tersebut ada replika Wau Bulan yang besar)

Inilah pemilik Restoran Nasi Ulam nie
Trimas skali lagi thestaronline untuk gambar nie

2. Restoran D'Cherang
juga di Kg Cherang. restorannya juga berada berdekatan sahaja dengan Restoran Nasi Ulam tadi. menghidangkan juadah colek ayam yang memang terkenal di bulan Ramadhan ini juga pada bulan-bulan lain. jadi, kalau sesiapa nak makan colek bukan pada bulan Ramadhan, silalah datang ke sini.

3. Restoran Selera Cik Siti
dulu restoran nie dibuka Jalan Mahmood dan sekarang dah berpindah ke Kg Cherang juga. restoran ini juga berada berdekatan sahaja dengan 2 restoran di atas, dalam linkungan 100 meter sahaja atau kurang. juga menawarkan aneka pilihan colek dan mampu menarik ramai pelanggan setiap malam.

4. Restoran Tak De Nama
yang nie berada agak jauh sikit tapi masih di Kg Cherang juga, tapi pada jalan yang berlainan. ketiga restoran yang saya sebutkan di atas berada di Jalan Abdul Kadir Adabi, manakala restoran ini berada pada Jalan Yaakobiah (rujuk google map untuk mendapatkan view yang lagi menarik). restoran ini juga menghidangkan colek juga dan mendapat ramai pelanggan juga setiap malam.

itulah, empat restoran yang aku pertaruhkan untuk kategori colek nie...jadi apalagi, serbulah ramai-ramai. bagi restoran 1,3 dan 4, colek-colek diaorang hanya dijual pada bulan Ramadhan sahaja...cepat2 lah yer...hehe~

~Selamat Menjamu Selera~

Inilah Kg Cherang bg sesiapa yang tak pernah sampai~.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, tadi sudah selesai menunaikan solat terawih hari pertama puasa. tahun sudah aku tidak sempat menunaikan solat terawih sebab waktu tu dalam keadaan genting nak mengejar masa takut ditinggalkan oleh bas.

Alhamdulillah juga, tahun ni aku diberi peluang sekali lagi untuk berpuasa disamping keluarga terchenta cuma tidak pasti samada cukup ke tidak sebulan sebab tahun lepas cukup sebulan berpuasa bersama keluarga, almaklum la waktu itu tengah menganggur.

kepada semua kenalan, aku ingat mengucapkan 

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H"

 iluvislam

bersyukurlah kerana anda semua termasuk diri ini diberi peluang dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang mulia ini. Semoga kita semua mempergunakan masa yang diberikan ini dengan sebaik mungkin dengan amalan-amalan, ibadah-ibadah dalam membentuk kita menjadi insan yang disayangi oleh Allah, InsyaAllah.

kepada kenalan rapat, aku doakan semoga korang sentiasa berada dalam lindungan Allah setiap masa dan dipermudahkan melakukan ibadah kepadaNya. Amin.

Akhir sekali, sekadar perkongsian lagi, jangan lupa bangun bersahur kerana selain memberi kekuatan kepada diri kita untuk bertahan sepanjang hari, bersahur juga ada keberkatan. sama-samalah kita mengejar untuk mendapatkan keberkatan yang dijanjikan Allah...

Wednesday, July 20, 2011

Tahniah

dalam bulan Julai nie ada 2 berita gembira sampai kepada aku...

pertamanya, aku nak ucapkan tahniah kepada sepupu aku yang telah dinaikkan pangkat sebagai Professor Madya. memang hebat, baru beberapa tahun mengajar dah dapat Professor Madya dan ucapan tahniah juga kerana sekali lagi memecahkan rekod keluarga kita.

dulu2, masa masih di bangku sekolah rendah, pernah aku tanamkan impian untuk challenge apa yang sepupu aku dapat, tapi di setiap peringkat aku kalah, yang sama hanya masa UPSR je. agak payah sebenarnya nak kalahkan orang yang memang hebat nie, menjadi pelajar terbaik kelantan, pelajar terbaik sekolah agama juga pelajar Malaysia terbaik semasa di Jordan.

walaubagaimanapun, abg tetap menjadi role model saya dan doakan yang terbaik untuk abg sekeluarga.

+++

kedua, tahniah kepada Mohamad Fadzil kerana telah ditawarkan untuk bekerja di syarikat yang sememangnya menjadi idaman beliau. habis je praktikal, panggil interview, terus dapat kerja, sangat hebat! bertuah ko dapat bos yang baik dengan ko. nnt dah kerja tu, jangan la lupakan aku pulak ye...hehe~

Gambar google

Tuesday, July 12, 2011

Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 2)

entry bersambung...bg yang nak tau kisah sebelum nie, sila ke Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 1), klik.

pagi2 sabtu lagi dah bangun sebab nak menghantar enchek padel pergi kerja, tapi dipertengahan jalan, hujan turun dengan lebat sekali menyebabkan hati enchek padel berbelah bahagi...haha...jadi kami ambil keputusan untuk pergi sarapan di McDonald (padel amik EL...hehe~).

selepas mengisi perut dengan jayanya, kami balik ke tempat penginapan sambil menunggu en double87 telefon. berdasarkan rancangan, kami akan berjumpa pukul 1 ptg sebab en double87 perlu ke LCCT terlebih dahulu untuk menukar tarikh flight (tukar le sgt, bek ko beli tiket baru je...hehe~). dalam pada itu, aku dan enchek padel pula meneruskan agenda kami iaitu menonton kartun, kemudian pergi servis kereta dan basuh kereta.

sesudah selesai segala urusan, en double87 call dan seperti yang dijanjikan kami akan bertemu di satu tempat nnt. tempat tu adalah Gold Coast Sepang, tapi bukanlah pergi menginap di sana cuma berpacaran di tepian pantai. menghabiskan masa sepetang di sana sebelum kami bertukar port seterusnya iaitu Secret Recipe Nilai. pada cadangan awalnya ingin pergi ke SR KLCC (tempat lepak utama aku dan enchek padel) tp disebabkan perhimpunan tu, kami terpaksa menukar port lain.

Gold Coast Sepang @ Pantai Bagan Lalang

di SR makan tak ingat dunia, walaupun yang datang hanya 3 orang, tapi kek yang terhidang sampai 5 slices dan semuanya adalah khas untuk si bufday boy (en double87). kira2 pukul 6 ptg selepas penat sesi kutuk mengutuk, maka tibalah saat perpisahan (berpisah ngan en double87 je, enchek padel aku minta dia temankan ke terminal bas). jadi aku tinggalkan serunding daging @ sambal daging dalam bahasa kelantannya kepada en double87, juga utk enchek padel. sorry, tak sempat nak g shopping batek untuk korg.

 Birthday Boy and Cakes

Birthday Boy kekenyangan

maka, berpisah lah kami, aku dan enchek padel meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Selatan (TBS). mengapa TBS? bukan sebab aku nak balik selatan, tp aku nak balik ke pantai timur, cuma terminal bas di hentian putra lumpuh sementara waktu dek kerana perhimpunan itu juga. herm, ini adalah kali pertama ke TBS, sangatlah menarik jika dibandingkan dengan hentian bas lain, terasa macam nak naik flight je.

830pm perpisahan skali lagi terjadi, aku ngan enchek padel lak. tiket bas di tangan menunjukkan aku perlu naik bas pada pukul 9pm tapi kelewatan berlaku dan akibatnya bas datang pukul 10pm. dalam kepala aku naik je bas nak terus tidur sebab sampai di kelantan nanti aku akan terus pergi kerja, tapi lain pula jadinya. mata langsung tidak menunjukkan tanda2 mengantuk, sentap betul! ada sebabnya aku tak mengantuk tapi tidaklah aku mahu ceritakan.

 Mabuk-Mabuk Crew
Bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa

p/s: akhirnya tercapai gak impian Mabuk-Mabuk Crew untuk berkumpul selepas kali terakhir berjumpa bersama. 

special thanks to enchek padel sebab sudi bawa aku jalan2 sampaikan sanggup ambil EL (ada kaitan ngan aku gak ke, bukan cuaca ke? haha~), sorry kalau aku yang menyebabkan getah kereta ko jatuh, nnt ko datang kelantan, aku ganti balik..hehe..sorry la kalau menyusahkan ko kna teman aku g TBS disebabkan oleh kejakunan aku... 

special thanks gak untuk en double87 sbb amik cuti masa aku datang (yeke ko amik cuti? atau ko mmg cuti masa tu?)

akhir sekali, tQ so much for everything guys. =D

Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 1)

hujung minggu lepas telah aku habiskan bersama "Mabuk-Mabuk Crew" iaitu enchek padel dan en double87 di Sepang. walaupun keadaan waktu itu sangat havoc dek kerana perhimpunan BERSIH, tapi itu tidak menghalang niat murni aku untuk berjumpa dengan kawan2 lama. lagipun, aku dah planning untuk datang ke kl agak lama iaitu sebelum perhimpunan BERSIH diwar2kan. banyak planning terpaksa direncanakan balik disebabkan tempat2 yang kami rancang nak pergi adalah semuanya tempat2 hot perhimpunan tu diadakan...ceit! rosak habis segala rancangan awal, tapi gathering masih diteruskan.

aku bertolak seawal pagi jumaat dengan bas (tak mampu nak naik flight) dan disebabkan banyaknya roadblock di sepanjang jalan telah menjadikan perjalanan sangat lambat ditambah dengan kesesakan lalulintas yang agak teruk, hanya Allah je yang tahu. sampai di Hentian Putra agak lewat petang dan terus berkejaran ke stesen komuter berdekatan. terasa diri ini sangat jakun menaiki ets bila hampir 1 tahun meninggalkan alam2 kemudahan awam (dulu masa aku tgh blaja, tak de lagi ets bagai nie).

sampai di stesen nilai agak lewat, dah dekat kul 9 malam, lantas menghubungi enchek padel. enchek padel juga rupa2nya terperangkap dalam kesesakan lalulintas dek kerana roadblock yang dijalankan, tp beliau menggunakan alternatif lain dengan menggunakan "jalan hutan" katenya. hebat kereta beliau, ala2 4x4. perjalanan enchek padel dari rumah sewanya ke stesen nilai yang pada dasarnya mengambil masa 15 minit telah dipanjangkan kepada lebih 30 minit. penat aku menunggu.

sesampainya enchek padel terus membawa aku ke tempat penginapan (hmm, tak planning pn...cari2 je) dan kami sebulat suara untuk menginap di Akademi Al-Fateh. untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tempat nie, sila lah ke blog kami, PTravelog. terima kasih~

 Akademi Al- Fateh

sudah siap check in dan mandi segala bagai kami meneruskan perjalanan ke Broga utk menjemput en double87 lak. pada masa tersebut, kami terpaksa mengejar masa sebab en double87 sudah panas bontot menunggu kitaorg. harap maaf yer en double87, kesesakan lalulintas, apa bley buat. akhirnya, pada detik 11.00mlm, maka bersatulah kami "Mabuk-Mabuk Crew"...hehe~ >tercapai sudah impian, walaupun banyak dugaan kot, hampir2 terbatal dek perhimpunan<

selepas di angkut en double87, kami menuju ke satu tempat yang di panggil kedai makan (bukan restoran tau) di area ulu beranang. tapi kelihatan semua segan2 untuk makan, alasan yang diberikan sudah lewat malam, tapi aku masih gak mengorder nasi sebagai dinner (dinner ko pukul 11 ted).

kemudian, aktiviti bercerita dijalankan dengan gembiranya. lepas semua dah penat, kami menghantar en double87 ke rumahnya manakala kami terus balik ke tempat penginapan untuk berehat sebab enchek padel esoknya kena kerja...hehe~

k, habis sudah part 1, akan bersambung di part 2...nantikan~

Monday, July 4, 2011

Kembali Ke Udara

Hey...hey...hey...apa khabar korang smua? lama sudah kita tidak bersua muka, agak2 ada ke yang rindukan ted, ade ke yang meroyan sbb ted tak update blog? apa2 je lah, tp yang penting hati mau gumbira k...hehe~

maaf la, ted ada something personal yang nak kna selesaikan...itu yang tak sempat nak update blog...

tp, pasni ted akan selalu update utk korg pembaca2 setia blog ted...

>>> owh! btw kan, jgn lupa ek klik2 iklan kat sebelah kanan tu, tolong la ted dapatkan Metered Earning...ehe~ traffic blog ted tak de la mengancam sgt pn, tp dah dapat Buffered Earning pn dah kira bagus, cuma ted tak berpuas hati, nak gak dapatkan Metered Earning...please korg, jgn lupa klik ya...cayang korang~ <<<

nie juz entry mukaddimah yang menunjukkan ted dah mula balik berblogging...so, pastikan korg bersama ted sepanjang masa k...

"ted tinggalkan korg dengan gambar nie...gambar nie diambil masa ted g Hari Terbuka TUDM Gong Kedak aritu...besh2! bnyk menda menarik di sini...len kali nak ajak enchek padel sama la...musti dia gumbira"

ted terpaksa mengundur diri dlu...nnt ted update len k...nntkan story yg besh2 dan meletop dr ted...daaa~

Sunday, May 29, 2011

1 Tahun Sudah!

hari nie 29/5/2011, maka genaplah 1 tahun aku kuar dari fakulti pengajian aku di kampus cawangan kl, lebih tepat lagi pada pukul 7.24pm nnt...aku ada rekodkan utk diabadikan sebagai kenangan dalam seperjalanan usia aku di muka bumi nie..

hari terakhir tu merupakan hari aku balik dari konferens S'pore (konferens yg penuh kontroversi sbb org tanya, knape aku yg join waktu tu, sedangkan org len tak? ntah! aku pun tak paham...)

lepas aku menjejak kaki keluar dari fak trus aku tak pandang ke belakang sbb ape, ntah ler, sedey mungkin, aku pun tak pasti dengan perasaan aku waktu tu...walauapapun, pengalaman 4 tahun di alam universiti boleh dikatakan ok la...latarbelakang alam universiti aku dipenuhi dengan penuh warna warni, kalah warna pelangi, ada merah, itam, coklat, pink dan macam2 lagi...

kalau diingat balik, masa tahun 1, biasa2 je keadaanya, tahun 2 & 3 pun sama, biasa, tahun 4 lagi la biasa je...wah! bosannya kehidupan aku di u...haha~ (memang aku membosankan, kalau org duk ngan aku mesti rasa bosan, so deal with it...haha~)

disebalik biasa2 pun ada terpahat memori yang istimewa, endah, menakotkan dan sebagainya...haha...malas la nak cter, lagipun cter2 lama...tp cter2 lama nie yg besh utk dikenang sebenarnya, tambah2 kalau jumpa enchek padel, haruz mengumpat je kejenya...

pastu, ada satu suara dibelakang bertanya, ko tak rendu ke ted kat fak? well, of course la aku rendu, bohong la kalau aku cakap aku tak rendu, tp kalau aku g tempat2 tertentu kat fak tu, nnt luka lama berdarah kembali (waseyh! ok it's a telenovela je k...bkn btol pn...xde maknanya nak berdarah2 nie...haha~)

enuf said, just nak gtau korg je, yg hari genap 1 tahun aku kuar dari kampus kl dan tak pernah kembali...haha~

Monday, May 16, 2011

Makan Tengahari: Restoran Arab

makan tengahari tadi pegi makan kat restoran arab, A.M. TARBUSH...

 Nie la dia restoran aku ckp tu...

nasi + kambing bakar + yogurt strawberry...ouch! meleleh air liur...hehe~

skali skala makan makanan arab memang marvelous...tak ley makan slalu sbb mahal...haha~

patot la cousin aku "gilakan" makanan arab, sodap rupanya2...=)

teringat plak kenangan makanan arab masa kat Mesir dlu...errmmm~
k lah, enuf wif food, nak sambung keje lak...daaa~

Sunday, May 1, 2011

Hari Pekerja...Cuti @ Bekerja?

Wahai dunia, lihatlah...walaupun hari nie hari buruh @ hari pekerja di Malaysia nie, tapi aku masih gak berada di pejabat menguruskan hal2 berkaitan kerja aku...huhu~

i shud get triple pay for working during public holiday...shud i???
(gambar google)

Monday, April 11, 2011

Rindu Bertamu DiKalbu

Dalam kita mengharungi kehidupan bersahabat, kadang2 kita terluka, terguris, terkecil hati atau terasa dengan tindak tanduk mahupun percakapan kawan2 kita samaada mereka lakukan secara sengaja ataupun tidak. 

Itu menyebabkan kita meminggirkan diri @ menjauhkan diri dan menjadikan jurang antara kita dan kawan kita semakin besar. 

akhirnya hilanglah peranan kita dalam kehidupan kawan kita.

Walaupun kita sudah tiada peranan dalam kehidupan kawan kita dan peranan tersebut telahpun diambilalih oleh orang lain...but trust me, kita akan selalu terkenangkan mereka samaada dalam suka atau dukakita.

We are happy just to know that our friend is happy...=)

*tber rendukan kawan2 lame, most importantly, kawan2 yang banyak meninggalkan kesan dalam kehidupan seharian aku...gosh! i really miss u guys*


Wednesday, March 23, 2011

Aku Bahagia

Alhamdulillah~

Hari nie aku gumbira, walaupun tidaklah sangat gumbira, tp gumbira la, tak banyak sebenarnya, skit je gumbiranya, tapi masih dikira gumbira gak la kan...

Ternyata, skali lagi aku kalah dengan senyuman, 

Just a simple smile yet came from a very sincere heart...

and specially dedicated to me.. 

Thank you,

You have kiss away half of my burden...

Dia telah meletakkan senyuman dibibir aku untuk sepanjang hari nie,

Aku sangat bahagia...yeay~

 Binatang apa nie? kucing ke?
(Gambar Ehsan Prof Google)

p/s: and of course, this time aku takkan meletakkan harapan yg tinggi, sbb selalunya bila aku meletakkan harapan yang tinggi mesti berakhir dengan kekecewaan, macam yang berlaku dalam kes2 sebelum nie...jadi kali nie, cukuplah sekadar menjadi tempat untuk aku menghilangkan memori2 yang lepas...(i think it is the right time or i can say the best time for me to let go of the past...kind of sick just to think about it...tapi persoalannya adakah aku mampu melupakan dia...aku sendiri masih belum bisa menjawapnya...apa kata hati aku yek???)

Tuesday, March 22, 2011

Senyumlah Kawanku

Mulakanlah hari anda dengan senyuman wahai sahabat2 ku sekalian,

walaupun kau dalam keadaan terluka / bersedih / tidak bersemangat,

hanya lemparkanlah satu senyuman,

apabila bertemu sesiapa pun,

kerana senyuman bisa menyejukkan hati orang2 yang melihatnya,

percayalah!

"Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

Senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum aku tersenyum
kemesraan menguntum

Senyum...kepada semua
senyumanmu amatlah berharga
Senyum...membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah
Ikatan..."

Gambar Ehsan Prof Google

Monday, March 21, 2011

Gelisah

sejak dua menjak nie,

hati rasa sangat tak tenang,

asyik gelisah je memanjang,

kenapa jadi camnie ye?

apa petanda utk kali nie?

aduh! sangat tak suka dengan keadaan sekarang nie,

buat kerja pun serba tidak menjadi, susun fail salah, taip surat salah, makan tak selera, tido tak lena,

teringin sesangat menceriakan diri, menghilangkan segala kekusutan ini,

melupakan walaupun hanya untuk sebentar,

tp??? huhu~

adakah segala ini akan berakhir?

- hanya mampu berserah -
(pixa ehsan Prof Google)

Friday, March 18, 2011

Mengemas Bilik

it's friday

cuti!!!

hujung mggu...

jom mengemas bilik yg dh mcm reban ayam nie...
(sangat bersemangat nak mengemas)

jom...jom...pakat mai tolong~

How cute...pink lovers

Wednesday, March 16, 2011

Kantoi baca komik Hentai...

damn...sgt tak disangka orang menuduh aku baca komik hentai...shyt~

padahal, aku duk baca komik Fairy Tail, tp dituduh lak baca komik tak senonoh tu...ko tgk sepintas lalu je, trus nak tuduh2...lain kali tanya dlu btol2...apa daa~

dah mmg diorang, kartunis Jepun lukis kartun2 tu seksi, apa bley wat...tp tak de lah sampai ke status porno...faham!!!

teruk rasa bila dituduh camtu...tolong skit yer, aku tak baca komik2 tak senonoh tu sbb aku kan baek, innocent lg...haha~

yang penting, Fairy Tail, aku tetap sokong...miahahaha~

ade ke komik aksi ceni dikatakan sebagai hentai??? isk3~

Tuesday, March 15, 2011

Kau Yang Bernama Sahabat

  1. Insan yang paling dekat untuk kita meluahkan perasaan suka dan duka.
  2. Insan yang memahami diri kita, perasaan dan kehendak kita.
  3. Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa mengharapkan balasan dari kita.
  4. Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang masa menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
  5. Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
  6. Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran, dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya dan menggadai nyawanya kerana kita.
  7. Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah, dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
  8. Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat, dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
  9. Insan yang dijadikan tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.
  10. Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
  11. Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
  12. Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  13. Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran, dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  14. Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  15. Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya...
renugkanlah...jangan bertanya sama ada sahabat kita mempunyai ciri2 seperti di atas, tetapi tanyalah pada diri kita sendiri, sama ada kita seorang sahabat yang mempunyai ciri2 seperti di atas...tepuk dada, tanya selera~

Friday, March 11, 2011

Sayangilah Nyawa Anda

3 hari cuti dari blogging sbb atas urusan kerja di luar, mengharapkan hotel tempat menginap ada wifi, tp hampeh je...kali nie destinasinya adalah pulau pinang, 2 mggu lepas pn dah g pulau pinang sebenarnya tapi kat Butterworth, kali nie plak pusing2 satu pulau (kecik rupanya Penang kan, baru aku perasan)...sambil menyelam sambil minum air la kan, jadi luangkan masa gak g jalan2 walaupn waktu terhad.

sekarang nie dah masuk cuti sekolah untuk seminggu, bagi kelantan, kedah dan terengganu dah pn mula cuti, bagi yang lain2 plak hari nie hari last persekolahan. seperti kebiasaan, kalau cuti, mula la mak bapak rancang nak bawak anak2 g bercuti bagai, nak hilangkan penat katanya. maka nya, banyak la kereta kat jalanan, ada yang nak balik kampung, nak g berkelah, ada gak yang nak g jumpa kekasih gelap, macam2 lah.

yang tu tak jadi masalah, cuma bila berada dijalanan "sayangilah nyawa anda", kalau tak nak sayang nyawa anda, sayangilah nyawa orang2 yang anda sayang, kalau tak nak gak sayangilah nyawa orang laen...ade faham? maksudnya berhati2 lah di jalan raya...senang je...yup! aku faham, semua org pun nak cepat sampai ke destinasi dan bila banyak kenderaan, itu yang jadi masalahnya...mulalah berlaku sesuatu yang tidak diingini...nauzubillah~

nak bawa keta laju tu tak de masalah, cuma berhati2 la...itu je...mungkin sebelum nie ko cakap, ko bawak laju, potong lori balak 2,3 bijik skali gus, potong bas ekspress, tak de masalah. mmg la sbb tu kuar peribahasa malang tidak berbau. kita tak tahu bila akan terjadinya menda2 buruk nie...jadi juz take a simple precaution, berhati2...nak memotong pn biar btol2 selamat...korg akan cakap, ko tak yah nak nasihat kat aku la ted, ko tu bebudak lagi, aku lebey awal makan garam dari ko...maaf ye, bukan aku nak berlagak, tp  aku banyak terlibat kerja luar. outstation 2 kali sebulan yang melibatkan long distance driving, so aku faham benar berbanding ko yang balik kampung 2,3 kali setahun...aku slalu berada di jalanan, jadi bnyak menda berlaku dan perkara2 nie yang membuatkan aku lebih berhati2...but still, aku berhati2 sbb bnyk menda yang tak dapat nak diduga...

paling tak ley blah adalah perasaan E.G.O....terutamanya bagi lelaki la, perempuan tak pasti. EGO dalam erti kata tak nak berpijak di bumi yang nyata...korang, tolong lah kalau ngantok tukar driver, tak pun berhenti dlu, minum tongkat ali ke atau mungkin tdo sekejap...ini yang jadi masalahnya, ramai yang cakap aku boleh tahan memandu tanpa rasa mengantok, tp sebaliknya plak berlaku, 30 minit pegang stereng dah menguap bagai nak gila...pastu ckp "eh! nguap je, bkn ngantok pn"..shyt! pastu dh ngantok tu tak reti2 nak tukar driver atau berhenti kejap rehat, tapi tak sbb EGO mengatasi, nak gak memandu padahal tenaga dah tak de...please la, jgn EGO, kalau ngantok tukar, tak pon berhenti...ngantok bnyk jadi punca kemalangan di jalan raya...

huhu...tak hbs lagi luahan perasaan nie sebenarnya, tp cukup la dlu buat masa nie...aku bangkitkan hal nie bukan apa, sbb td masa balik dari Penang, 2 kemalangan maut aku jumpa...Ya Allah sangat menakotkan, aku tengok kejap je, member aku yang cakap ada yang maut, aku tak berani nak tengok, lemah semangat..satu kemalangan berlaku kat kawasan antara tasik banding, dan RnR Titiwangsa dan satu lg sekat selekoh antara empangan Pergau sebelum masuk bandar Jeli...dan kawan aku yang dalam perjalan ke utara cakap (terserempak kat atas bukit), dia jumpa 3 kemalangan, maksudnya selepas yang aku tengok tu, ada lagi kemalangan yang baru berlaku...

 pandangan dari RnR Titiwangsa, Gerik, Perik

jadi, berhati2 lah kita di jalan raya...nak laju ok, cuma laju berhati2...sayangilah nyawa kita dan nyawa orang2 yang kita sayang~

Tuesday, March 8, 2011

Diamkan Diri Sudah

Sejak kebelakangan nie, ada je menda yang menjadi ketidakpuasan hati....

tp,

apakah yang mampu diri ini lakukan,

andainya semua yang diperkatakan tidak pernah diterima, 

jalan yang terbaek adalah mendiamkan diri sudah,

biarkan saja diri ini yang memendam segala ketidakpuasan hati tersebut,

menguburkannya di lubuk hati yang paling dalam,

dengan harapan ianya tidak akan melukakan perasaan sesiapa pn lagi...

~Gambar Ehsan Prof Google~

Saturday, March 5, 2011

Senyuman Dalam Sengsara


dalam mengharungi hari-hari yang penuh dengan tekanan, kekusutan,

sedikit pujiaan mampu membuatkan kita tersenyum sepanjang hari,

menghilangkan segala tekanan yang bersarang...

ditambah, 

pujian itu datangnya dari orang yang kita tidak sangka akan memberikannya,

jauh di lubuk hati, 

kita tahu bahawa dia melontarkan pujian ikhlas dari dalam hatinya...

itulah yang membuatkan kita bahagia...

Sunday, February 27, 2011

Dompetku




Wednesday, February 16, 2011

Aku Gilakannya...


entry kali nie tak de mukaddimah ye...tak de idea nak kongsi pasal ape...lgpn dh ngantok skg nie, badan rasa tak sedap je, cam nak demam lak...rendu kat org tu pn makin bertambah, cena nie?

berbalik kpd tajuk, sejak 2 menjak nie, aku sgt mengidam ngan menda nie...rasa cam hari2 pn nak, tak ley nak tinggal...menda tu adalah MURTABAK ye tuan2 dan puan2...seyes, aku mmg tergila2kan menda nie sejak akhir2 nie...rasa cam syok je ble makan menda nie, walaupn aku tau dr sudut kesihatannya bahaya kalau makan bnyk, tp aku tak kesah...nafsu aku mengatasi akal fikiran aku...huhu~

bagi bukan pure melayu, yg tak tau ape tu murtabak...murtabak itu kalau ikutkan wikipedia:
Murtabak, also Martabak or Mutabbaq, (Arabic: مطبق‎) is a stuffed pancake or pan-fried bread which is commonly found in Saudi Arabia (especially the Hejaz region), Yemen, Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapore, and Brunei. Depending on the location, the name and ingredients can significantly vary. The name mutabbaq (or sometimes mutabbag) in Arabic means "folded". (bacaan lanjut, tekan Murtabak)

kalau ikutkan wikipedia bahasa melayu lak:

Martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia, terutama popular di Johor. Martabak ada dua jenis iaitu martabak ayam dan daging. Di Indonesia, martabak disebut sebagai martabak telur. (bacaan lanjut, tekan Murtabak)

takrif murtabak bagi aku lak, ianya adalah sebijik kueh yang sangat sedap di makan begitu saja...hehe~ (Ted, 2011)

nyum...nyummmm....chedapnya~

Saturday, February 12, 2011

5 Gum Malaysia

rendunya lama tak ketemu ngan korg smua...korg rendu aku tak? maaf la lama tak update blog nie, aku ada  tugasan/kerja luar, jd fokus pada yg penting dlu, tp bukanlah bermakna blog aku nie tak penting, penting tau...cuma dalam keadaan2 tertentu, korg terpaksa memilih langkah yg terbaek agar tak menyesal dikemudian hari...kan2? [moitp ted nie, masuk2 terus nak berceramah]

ada bnyk menda nak kongsi, tp pelan2 la ek...aku masih kepenatan lg sebenarnya, mlm td br sampai kat umah...

perjalanan aku kali nie,
dr kb --> Bandar Baru Bangi, Seksyen 7 (481km) 8/2/11
Bandar Baru Bangi --> Putrajaya (tak jauh pn) 9/2/11
Putrajaya--> Ukay Perdana (40km) 9/2/11
Ukay Perdana --> Gemas ikut Lekas (164km) 9/2/11
Gemas --> Kuantan (190km) 9/2/11
Kuantan --> KL (251km) 10/2/11
KL --> Bandar Baru Bangi, Seksyen 7 (tak de la jauh) 10/2/11
Bandar Baru Bangi --> KB (481km) 11/2/11
total : campur tolak 1800km dlm 4 hari
sumber pengiraan : Google Map

balik trus membuta...hehe...skg br bukak blog, jln2 kat 2,3 blog kawan ada ternampak iklan nuffnang, tekan la ape lg...

iklan sal 5 Gum Malaysia...trus je like dan main game yg disediakan...hmmm, dh lame sbnrnya aku tinggalkan dunia game dalam fb nie, jadi skali skala men, ok la kan...hiks~

lihatlah catatan aku di bawah...biasa2 je, maen kat 5 kali...pastu dh berhenti, sambung malam nie la plak...ngeh3~

score waktu mula2 men...

no 65...itu je yg termampu buat masa skg...

korang dh cuba ke? cuba la...seronok game tu, gabungan minda dan ketangkasan korg...cuba cepat...hehe~
nak cuba, klik sini >5 Gum Malaysia<

-selamat berhujung mggu-

Monday, February 7, 2011

Sejarah HP.....


jom tgk sejarah hp yg pnah aku guna (bg yg tak nak tak pe, aku tak paksa pn korg).

mula2 hp yg aku guna adalah NOKIA 3100 dibeli pas SPM (sbb dh tau akan berpisah ngan keluarga, jadi bli hp awal2, nnt senang) dengan menggunakan duit biasiswa yg sepatotnya aku gunakan utk bli buku...haha... aku sangat jatuh cinta ngan hp nie, chanteQ dan mantap je, bentuk lawa lak tu (ok, beauty is in the eye of the beholder, so jgn ckp bnyk). tak lame pakai hp nie disbbkan keganasan sendiri, asyik maen baling2 je. alkesahnya cepat la rosak. nak masuk tahun 2 di ukm dh nazak sgt dh, tak ley guna dh...sedey sesangat. sempat guna 2 thn lebey je...tp aku sayang la dia nie ala2 kekasih pertama aku, dia punya "bangkai" masih ada lagi aku simpan...hehe~


NOKIA 3100
aku nya sebijik ngan yg belah kanan (warna biru), bkn yg sebelah kiri yerk...

sambung cter, masa hp pertama td tgh nazak2 ayam, jadi asyik merungut la diri ini. tber2 satu hari masa kat umah, my daddy bg kotak, bukak2 tgk hp baru...hehe...maceh daddy, cayang daddy...maka, bermulalah kisah hidupku dgn NOKIA 1110i.. bukannya hp mahal, tp masih lg sebijik hp, boley buat tepon & mesej dgn skandal cukuplah, kan2? hp nie paling lama la, dr akhir tahun 1 sampai la nie, dh lebey 4 tahun. hp nie aku cayang gak sbb daddy yg bg, ada sentimental value di situ...yelah, ble seseorg yg spesel bg korg bg menda kat korg, mesti korg sayang kan and yes, he's my daddy, of course he is someone spesel in my life...


NOKIA 1110i
biasa2 je kan...hehe~

owh, lupa lak...dalam pertengahan tahun 3, aku bli gak hp len...masa nie aku hadiahkan kat my umi, tp umi guna jap je...ada la sbb2 yg menyebabkan umi tak nak guna (personal problems, dont ask too much...tp, bkn la umi marahkan aku yer)...lepas lame tak digunakan, tber aku balik umah tgk2 hp tu dh ada dengan adik kedua aku...lantak ko la, guna jela daripada tak digunakan langsung. hp tersebut adalah hp NOKIA 3110 CLASSIC...tau knape aku bli hp nie? sape tau angkat tangan.............................tak de org jwp, tak pelah aku jawap sendiri je, sbb hp nie full-black dan murah...haha~ -i love black-

NOKIA 3110 CLASSIC

kalau tgk, ketiga2 adalah nokia kan? haha...i support nokia k...

disbbkan itulah aku tak tukar2 lg phone...sgt malas nak tukar...aku tak kesah org ckp hp aku zaman batu nya hp ke, hp aku kuno sbb tak de kamera ke, tp lantak korg la. itu hp aku, aku je tau ape yg berlaku antara hp, aku dan skandal (tber masuk skandal...haha~)

cuma skg nie, dh mula duk usha balik dh...target nak bli, tp tk cukup2 lg kumpolnya, bnyk menda len yg di dahulukan...teringin nak rembat E72, mampu ke hah? bnyk sgt komitmen skg nie...ada tak hp boley bayar bulan2? haha~

p/s: tajuk sebenar sepatutnya Sejarah HP Saya...hehe...sbb tu ada dot2 tu~

Sunday, February 6, 2011

Jom Kenduri


semalam ada jemputan kenduri kahwin daripada member rapat waktu skolah dlu...(citer smlm br ko nak update ted, dh basi la woi...aku kata, suka ati aku la).

dh dpt personal invitation lg, pegi la..lgpn tak jauh dr umah aku, nek moto tak sampai 10 minit pon...kalau tak pegi nnt ape lak dia kata kan...owh! lupa lak, bukan member aku yang kawen, tp akak dia. aku knal gak la akak dia sbb aku slalu lepak umah member aku nie. slalunya umah dia jd tempat utk reU group kitaorg...hehe~

jadi fikir2 nak bwk hadiah, ak bgtau umi ckp nak beli tuala yg ada tulisan "congratulions" ke, "selamat berkahwin" ke...sbb dlm pale mmg dh tak de idea nak bli ape...tp, terus dibantah oleh umi...umi ckp motip beli menda camtu, jadi umi bg cadangan bli kain, nnt bley la dia jahit buat baju...

trus je aku stuju dgn idea umi dan ajak umi g kedai kain...jadi umi la yg pilih kainnya sbb aku tak la berapa pandai nak bli menda ceni...yg paling hebat my daddy la. sgt hebat dlm memilih corak bunga, warna smua yg chanteQ, bahkan umi pn akan tanya my daddy dulu kalau nak pilih kain...kalau aku yg pilih mesti akan ada komen, warna pucat la, bunga besar la...macam2, seyes aku tak reti bab2 ceni...ngeh3~

al-kesahnya, 3 helai kain diangkut umi...walla~

 nie la kainnya...chanteQ tak? yg penting pink k...ahakz~ 
(bkn aku yg pilih k)

aku sempat la duk usha kain yg nak bagi kat calon isteri..haha~ (gatal seyh ko ted, sejak ble jadi ceni nie)

balik umah nak balut la ngan kertas hadiah yg chanteQ..haha..sbb ianya adalah kain, jadi tak de kotak...terpaksa la usha kotak la, habis geledah sgala barang, akhirnya dapat gak kotak yg sesuai...pastu, apa lg, balut yok~

 berbalut sudah...hehe~

jeng...jeng...jenggg...siap sudah...harap sker la ye dgn hadiah tak seberapa dr ted~

tahniah aku ucapkan utk kak azwa dgn pasangannya azhar...semoga berbahagia hingga ke anak cucu...=D

Saturday, February 5, 2011

Diibaratkan Limau

bersempena ngan tahun baru cina nie, mesti bnyk makan limau kan? toksah tipu aku la, kalau korg ada kawan ngan chinese confirm akan dapatnya limau, paling tidak sebijik...hehe...



bercerita tentang limau nie kan, mesti la smua org berharap limau yg dimakan adalah manis kan? tapi ada gak waktu2nya korg akan dapat yg masam...korg amik la sebijik limau nie, kopek segala, pastu amik 1 ulas makan...wah! manis...makan punya makan, sampai kat satu ketika nie, makan satu ulas rasa masam...ada tak terjadi? pada mulanya mesti korg ingat 1 bijik limau itu adalah manis kan? huhu~

perkaranya di sini, korang samakan sebijik limau dengan seorang manusia...dalam sebijik limau, tidak smuanya adalah manis kan, ada yang masam? sama gak ngan manusia, perwatakan dan tindak tanduk manusia tu, walaupn terlampau baik (almost perfect org kg aku kata), tp ada gak sebahagian daripadanya yang tidak baik...tidak baik di sini bukanlah bermaksud jahat ke hapa, tapi kekurangan...kekurangan itu bergantung kepada individu masing2 untuk menilainya kerana ianya sgt subjektif...kita manusia, mana ada yang perfect, hanya Nabi Muhammad s.a.w. shj yang btol2 perfect dr segala aspek, sbb itulah kita patot menajadikan Rasulullah sbg role model...sbb itu kita sbg manusia kita perlu tahu yang setiap org ada kekurangan dan kelemahan masing2 dan janganlah kerana selama ini kita tidak pernah melihat kekurangan sahabat kita, skali kita lihat, kita terus kita menjauhi dia lagi teruk kita membenci lak dia...oh! itu sgt la tidak patot...

berbalik kepada limau lg, disbbkan td manis sgt limau, kita pn amik lg satu utk makan...tp, nasib kali nie tak berapa baik, makan satu ulas terasa masamnya limau tersebut...kita pn trus buang limau tersebut kerana beranggapan sebijik limau tu masam...btol ke? ada tak kemungkinan kalau kita makan gak, kita akan jumpa ulas yang manis? mungkin, tp we never know rite, sbb skali amik terasa masam trus buang...

sama lah gak situasinya di sini dgn manusia, walaupun seburuk2 perangai seseorang manusia tu jgnlah sampaikan kita memandang mereka sebelah mata yang menybbkan kita buta terhadap kebaikan yang ada pada diri mereka...tp, itulah kita (samelah aku pn), ble kita nmpk sesuatu yg buruk sbg cth kita tgk ada budak menconteng dinding (vandelism), kita terus terdetik di hati "isk2...teroknya budak nie...sapa la mak bapak dia", dan terus menjauhkan diri dgn meletakkan judgment call terhadap budak tanpa usul periksa.. mungkin budak itu sebenarnya seorg yg baik dan bijak tapi melakukan perkara tersebut sbg satu tanda protes, siapa tahu kan sbb tiada org bertanyakan tentangnya...(nie contoh je tau, don't be so obsessed with it)

so, itulah sedikit sebnyk perkongsian idea yg cetek dr aku utk episod kali nie...

p/s: kalau ada yg tanya knape aku guna limau, knape tak buah2an tempatan seperti manggis ke, durian ke? jwpn aku, suka ati aku la...kalau korg nak manggis ngan durian, korg wat yg laen sendiri ok...haha~

Wednesday, February 2, 2011

Saya Nak Cuti...Boley?


aku mengucapkan tahniah utk ko ted sbb pertama kalinya ko dtg kerja dalam keadaan yang sangat tidak rajin...haha...tahniah...tahniah...

sgt tak vogue (vogue kate beliau) rasanya ble org len dh start cuti bagai, tp aku masih di pejabat hari nie...kerja penuh lak tu...alamatnya, smua menda jadi malas la nak wat...dr td lagi duk asyik bukak fb je, skg nie blogging la plak...hish~ sebernarnya bukan la malas, cuma tak rajin je, yelah tepon nak cakap ngan pegawai bank dah cuti, tepon nak cakap ngan pegawai sekian2 pn dh cuti gak...

korg2, ade ke yg tgh kerja lg? mesti smua dh cuti kan...tol tak? tambah2 yg kt kl, smlm cuti, jd arini ambik cuti la, kalau tak dpt buat2 dpt MC, kalau tak dapat gak ambik EL...haha...jadi, dapat la direct cutinya...br la sonok...bley bawak anak bini g jenjalan makan angin ke, honeymoon ke...

 aku lak, esok br mula cuti, ahad dh kerja balik dh...kejap kan...nak berjimba2 pn tak bley...cena?

tp layan jela, nak wat cena sbb makan gaji ngan org kan...len la aku bukak syarikat sendiri, bley la sesuka suki tak nak datang keje...

btw, utk korg2 yang dh mula bercuti bagai, selamat bercuti aku ucapkan kat korg...masa bercuti tu ingat2 la aku kat pejabat nie yerk...hehe~

yeah! to-do list for today....nothing...haha~
(gmbr ehsan dr enchek google, sbb tak tahu pemilik sebenar)

Wednesday, January 26, 2011

Hey...Hey...

hey...hey...hey...selamat pagi smua...

apakah mood anda hari nie? bersemangatkah, lesukah, gumbirakah, sedihkan...jom kongsi ngan DJ Ted...

[sorry ye, intro bajet nak jadi DJ...haha...ok, stop it ted. stop making stupid joke...tak lawak pn]

How are doing are you okay
Its lovely day why hide away
Forget the ceel phone and just let it ring
Pull the curtain and see what it brings

Take your hand out of your pocket

And show them what you got

You are learning by living

Paraglide the winds of change
Make it by trying
Dont hold back just get it on and on

One cup too many of coffee you'll see

You think your hosting on mtv
Is that your way of letting go
Then you'll better stop the show

Take your hand out of your pocket

And show them what you got

You are learning by living
Paraglide the winds of change
Make it by trying
Dont hold back just get it on and on

You'll better get a ticket

To get a seat on next flight
I'll take your bags on
Leaving this old place

You are learning by living

Paraglide the winds of change
Make it by trying
Dont hold back just get it on and on

sedikit perkongsian utk hari nie...fikir2kan ok...
(nak dengar lagu nie, search sendiri k, tajuk lagu dia Learning By Living)

Monday, January 24, 2011

Apa Yang Saya Pakai Hari Ini?

  1. Kemeja berwarna turquoise "Charlie Executive" hadiah dari seseorang.
  2. Seluar slack hitam "Guy's Creative" RM 89.90 dibeli 2 tahun lepas di UO Chow Kit.
  3. Tali Pinggang hitam "Giorgio Armani" RM 10 dibeli 2 tahun lepas di pasar Chow Kit.
  4. Stokin hitam "Camel" RM 17.90 untuk 3 pasang dibeli tahun lepas di Mydin Mall Kubang Kerian.
  5. Kasut hitam "Bata" RM 79.90 dibeli tahun lepas di Bata Kota Bharu.
  6. Gel rambut "G Mandom Corp." RM 17.90 dibeli tahun lepas di Watson Kota Bharu.
  7. Minyak wangi "One Drop Perfume No. 6" hadiah dari En. Double87.(slalu ditukar2 dengan Windscape For Him dari Avon)
 hehe...waktu bosan~

Wednesday, January 19, 2011

Saya Perlukan Bahu...



I need a shoulder to cry on...will you be mine? just a shoulder...only for tonight...anyone? 

P.L.E.A.S.E.

uhuk...sgt sedey arini~

"ku menangis...membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku"

menangis aku seorg diri dikamarku...

I need somebody..huk3~


Sunday, January 16, 2011

Apakah Perasaan Ini?


hari nie ted dh kembali memulakan kerja balik, lepas 5 hari tak menjejakkan kaki ke pejabat...pagi td terasa agak malas, tp dicekalkan gak hati, dimulakan dengan langkah kanan disertai dengan doa agar dipermudahkan segalanya.

banyak sangat file menanti untuk diproses disebabkan lama tinggalkan pejabat, jadi banyak kerja tertunda. alhamdulillah, walaupun kerja menimbun, tapi hati tetap gembira melakukan kerja2 tersebut, tak ada rasa terbeban ke apa. hari nie ted melalukan kerja dengan sangat tenang, maksudnya tak de la nak risau kerja banyak bley siap ke tak, ted berserah je kepada Allah kali nie...terasa sangat ringan bebanan ditanggung, tapi kelam kabut dalam melakukan kerja tu memang tak boleh nak elak la, dah memang cara ted kan. buat kerja sampai berpeluh2 walaupun masa tu kat dalam tempat berhawa dingin...haha...kelakar la...sape yang penah bekerja/berorganisasi ngan ted tahu la...kan2?

ted sgt suka dgn perasaan hari nie, nak kata gembira tak, happy pn bukan, tapi ia sesuatu yang sangat menenangkan. rasa seolah2 tiada bebanan langsung ditanggung, cena ek nak cter? ntah la, tak bley nak cter kot, korg kna rasanya sendiri baru korg faham...


Saturday, January 8, 2011

10 Sebab Mengapa Lelaki Memilih Untuk Membujang


~Salam Hujung Minggu~

kejap td, sambil2 berblogwalking, ada satu lg menda yg ted sker gak wat iaitu fbwalking (facebookwalking)...hehe...jln2 cari member2 lame disamping member2 baru...mase duk jln2 tu (dh bape degree friends pn dh tak tau sbnrnya) so, sampai la kat wall sorg nie yg, bkn member ted la...

so, usha fb dia, jumpa la menda nie...sonok gak...trus post kat fb nie yakni "10 sebab mengapa lelaki memilih untuk membujang"...layanzzz~

  1. Memang tiada bernafsu terhadap wanita.
  2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan oleh kekasih.
  3. Lahir dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah tehadap ibunya.
  4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin.
  5. Takut tak bahagia apabila berkahwin nanti.
  6. Tidak mempercayai golongan wanita.
  7. Merasakan lebih bebas dan selesa hidup seorang diri.
  8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.
  9. Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.
  10. Menyalahkan pihak lain. Misalnya "Sebab engkau tak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin. Padan muka engkau."(Sepatutnya padan muka aku!)