Wednesday, March 23, 2011

Aku Bahagia

Alhamdulillah~

Hari nie aku gumbira, walaupun tidaklah sangat gumbira, tp gumbira la, tak banyak sebenarnya, skit je gumbiranya, tapi masih dikira gumbira gak la kan...

Ternyata, skali lagi aku kalah dengan senyuman, 

Just a simple smile yet came from a very sincere heart...

and specially dedicated to me.. 

Thank you,

You have kiss away half of my burden...

Dia telah meletakkan senyuman dibibir aku untuk sepanjang hari nie,

Aku sangat bahagia...yeay~

 Binatang apa nie? kucing ke?
(Gambar Ehsan Prof Google)

p/s: and of course, this time aku takkan meletakkan harapan yg tinggi, sbb selalunya bila aku meletakkan harapan yang tinggi mesti berakhir dengan kekecewaan, macam yang berlaku dalam kes2 sebelum nie...jadi kali nie, cukuplah sekadar menjadi tempat untuk aku menghilangkan memori2 yang lepas...(i think it is the right time or i can say the best time for me to let go of the past...kind of sick just to think about it...tapi persoalannya adakah aku mampu melupakan dia...aku sendiri masih belum bisa menjawapnya...apa kata hati aku yek???)

Tuesday, March 22, 2011

Senyumlah Kawanku

Mulakanlah hari anda dengan senyuman wahai sahabat2 ku sekalian,

walaupun kau dalam keadaan terluka / bersedih / tidak bersemangat,

hanya lemparkanlah satu senyuman,

apabila bertemu sesiapa pun,

kerana senyuman bisa menyejukkan hati orang2 yang melihatnya,

percayalah!

"Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri

Senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum aku tersenyum
kemesraan menguntum

Senyum...kepada semua
senyumanmu amatlah berharga
Senyum...membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah
Ikatan..."

Gambar Ehsan Prof Google

Monday, March 21, 2011

Gelisah

sejak dua menjak nie,

hati rasa sangat tak tenang,

asyik gelisah je memanjang,

kenapa jadi camnie ye?

apa petanda utk kali nie?

aduh! sangat tak suka dengan keadaan sekarang nie,

buat kerja pun serba tidak menjadi, susun fail salah, taip surat salah, makan tak selera, tido tak lena,

teringin sesangat menceriakan diri, menghilangkan segala kekusutan ini,

melupakan walaupun hanya untuk sebentar,

tp??? huhu~

adakah segala ini akan berakhir?

- hanya mampu berserah -
(pixa ehsan Prof Google)

Friday, March 18, 2011

Mengemas Bilik

it's friday

cuti!!!

hujung mggu...

jom mengemas bilik yg dh mcm reban ayam nie...
(sangat bersemangat nak mengemas)

jom...jom...pakat mai tolong~

How cute...pink lovers

Wednesday, March 16, 2011

Kantoi baca komik Hentai...

damn...sgt tak disangka orang menuduh aku baca komik hentai...shyt~

padahal, aku duk baca komik Fairy Tail, tp dituduh lak baca komik tak senonoh tu...ko tgk sepintas lalu je, trus nak tuduh2...lain kali tanya dlu btol2...apa daa~

dah mmg diorang, kartunis Jepun lukis kartun2 tu seksi, apa bley wat...tp tak de lah sampai ke status porno...faham!!!

teruk rasa bila dituduh camtu...tolong skit yer, aku tak baca komik2 tak senonoh tu sbb aku kan baek, innocent lg...haha~

yang penting, Fairy Tail, aku tetap sokong...miahahaha~

ade ke komik aksi ceni dikatakan sebagai hentai??? isk3~

Tuesday, March 15, 2011

Kau Yang Bernama Sahabat

  1. Insan yang paling dekat untuk kita meluahkan perasaan suka dan duka.
  2. Insan yang memahami diri kita, perasaan dan kehendak kita.
  3. Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa mengharapkan balasan dari kita.
  4. Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang masa menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
  5. Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
  6. Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran, dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya dan menggadai nyawanya kerana kita.
  7. Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah, dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
  8. Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat, dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
  9. Insan yang dijadikan tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.
  10. Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
  11. Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
  12. Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  13. Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran, dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  14. Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  15. Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya...
renugkanlah...jangan bertanya sama ada sahabat kita mempunyai ciri2 seperti di atas, tetapi tanyalah pada diri kita sendiri, sama ada kita seorang sahabat yang mempunyai ciri2 seperti di atas...tepuk dada, tanya selera~

Friday, March 11, 2011

Sayangilah Nyawa Anda

3 hari cuti dari blogging sbb atas urusan kerja di luar, mengharapkan hotel tempat menginap ada wifi, tp hampeh je...kali nie destinasinya adalah pulau pinang, 2 mggu lepas pn dah g pulau pinang sebenarnya tapi kat Butterworth, kali nie plak pusing2 satu pulau (kecik rupanya Penang kan, baru aku perasan)...sambil menyelam sambil minum air la kan, jadi luangkan masa gak g jalan2 walaupn waktu terhad.

sekarang nie dah masuk cuti sekolah untuk seminggu, bagi kelantan, kedah dan terengganu dah pn mula cuti, bagi yang lain2 plak hari nie hari last persekolahan. seperti kebiasaan, kalau cuti, mula la mak bapak rancang nak bawak anak2 g bercuti bagai, nak hilangkan penat katanya. maka nya, banyak la kereta kat jalanan, ada yang nak balik kampung, nak g berkelah, ada gak yang nak g jumpa kekasih gelap, macam2 lah.

yang tu tak jadi masalah, cuma bila berada dijalanan "sayangilah nyawa anda", kalau tak nak sayang nyawa anda, sayangilah nyawa orang2 yang anda sayang, kalau tak nak gak sayangilah nyawa orang laen...ade faham? maksudnya berhati2 lah di jalan raya...senang je...yup! aku faham, semua org pun nak cepat sampai ke destinasi dan bila banyak kenderaan, itu yang jadi masalahnya...mulalah berlaku sesuatu yang tidak diingini...nauzubillah~

nak bawa keta laju tu tak de masalah, cuma berhati2 la...itu je...mungkin sebelum nie ko cakap, ko bawak laju, potong lori balak 2,3 bijik skali gus, potong bas ekspress, tak de masalah. mmg la sbb tu kuar peribahasa malang tidak berbau. kita tak tahu bila akan terjadinya menda2 buruk nie...jadi juz take a simple precaution, berhati2...nak memotong pn biar btol2 selamat...korg akan cakap, ko tak yah nak nasihat kat aku la ted, ko tu bebudak lagi, aku lebey awal makan garam dari ko...maaf ye, bukan aku nak berlagak, tp  aku banyak terlibat kerja luar. outstation 2 kali sebulan yang melibatkan long distance driving, so aku faham benar berbanding ko yang balik kampung 2,3 kali setahun...aku slalu berada di jalanan, jadi bnyak menda berlaku dan perkara2 nie yang membuatkan aku lebih berhati2...but still, aku berhati2 sbb bnyk menda yang tak dapat nak diduga...

paling tak ley blah adalah perasaan E.G.O....terutamanya bagi lelaki la, perempuan tak pasti. EGO dalam erti kata tak nak berpijak di bumi yang nyata...korang, tolong lah kalau ngantok tukar driver, tak pun berhenti dlu, minum tongkat ali ke atau mungkin tdo sekejap...ini yang jadi masalahnya, ramai yang cakap aku boleh tahan memandu tanpa rasa mengantok, tp sebaliknya plak berlaku, 30 minit pegang stereng dah menguap bagai nak gila...pastu ckp "eh! nguap je, bkn ngantok pn"..shyt! pastu dh ngantok tu tak reti2 nak tukar driver atau berhenti kejap rehat, tapi tak sbb EGO mengatasi, nak gak memandu padahal tenaga dah tak de...please la, jgn EGO, kalau ngantok tukar, tak pon berhenti...ngantok bnyk jadi punca kemalangan di jalan raya...

huhu...tak hbs lagi luahan perasaan nie sebenarnya, tp cukup la dlu buat masa nie...aku bangkitkan hal nie bukan apa, sbb td masa balik dari Penang, 2 kemalangan maut aku jumpa...Ya Allah sangat menakotkan, aku tengok kejap je, member aku yang cakap ada yang maut, aku tak berani nak tengok, lemah semangat..satu kemalangan berlaku kat kawasan antara tasik banding, dan RnR Titiwangsa dan satu lg sekat selekoh antara empangan Pergau sebelum masuk bandar Jeli...dan kawan aku yang dalam perjalan ke utara cakap (terserempak kat atas bukit), dia jumpa 3 kemalangan, maksudnya selepas yang aku tengok tu, ada lagi kemalangan yang baru berlaku...

 pandangan dari RnR Titiwangsa, Gerik, Perik

jadi, berhati2 lah kita di jalan raya...nak laju ok, cuma laju berhati2...sayangilah nyawa kita dan nyawa orang2 yang kita sayang~

Tuesday, March 8, 2011

Diamkan Diri Sudah

Sejak kebelakangan nie, ada je menda yang menjadi ketidakpuasan hati....

tp,

apakah yang mampu diri ini lakukan,

andainya semua yang diperkatakan tidak pernah diterima, 

jalan yang terbaek adalah mendiamkan diri sudah,

biarkan saja diri ini yang memendam segala ketidakpuasan hati tersebut,

menguburkannya di lubuk hati yang paling dalam,

dengan harapan ianya tidak akan melukakan perasaan sesiapa pn lagi...

~Gambar Ehsan Prof Google~

Saturday, March 5, 2011

Senyuman Dalam Sengsara


dalam mengharungi hari-hari yang penuh dengan tekanan, kekusutan,

sedikit pujiaan mampu membuatkan kita tersenyum sepanjang hari,

menghilangkan segala tekanan yang bersarang...

ditambah, 

pujian itu datangnya dari orang yang kita tidak sangka akan memberikannya,

jauh di lubuk hati, 

kita tahu bahawa dia melontarkan pujian ikhlas dari dalam hatinya...

itulah yang membuatkan kita bahagia...