Tuesday, March 15, 2011

Kau Yang Bernama Sahabat

  1. Insan yang paling dekat untuk kita meluahkan perasaan suka dan duka.
  2. Insan yang memahami diri kita, perasaan dan kehendak kita.
  3. Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa mengharapkan balasan dari kita.
  4. Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang masa menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
  5. Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
  6. Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran, dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya dan menggadai nyawanya kerana kita.
  7. Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah, dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
  8. Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat, dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
  9. Insan yang dijadikan tempat untuk meluahkan segala permasalahan hidup dan perasaan kita.
  10. Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
  11. Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
  12. Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  13. Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran, dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  14. Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  15. Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya...
renugkanlah...jangan bertanya sama ada sahabat kita mempunyai ciri2 seperti di atas, tetapi tanyalah pada diri kita sendiri, sama ada kita seorang sahabat yang mempunyai ciri2 seperti di atas...tepuk dada, tanya selera~

No comments: