Friday, March 11, 2011

Sayangilah Nyawa Anda

3 hari cuti dari blogging sbb atas urusan kerja di luar, mengharapkan hotel tempat menginap ada wifi, tp hampeh je...kali nie destinasinya adalah pulau pinang, 2 mggu lepas pn dah g pulau pinang sebenarnya tapi kat Butterworth, kali nie plak pusing2 satu pulau (kecik rupanya Penang kan, baru aku perasan)...sambil menyelam sambil minum air la kan, jadi luangkan masa gak g jalan2 walaupn waktu terhad.

sekarang nie dah masuk cuti sekolah untuk seminggu, bagi kelantan, kedah dan terengganu dah pn mula cuti, bagi yang lain2 plak hari nie hari last persekolahan. seperti kebiasaan, kalau cuti, mula la mak bapak rancang nak bawak anak2 g bercuti bagai, nak hilangkan penat katanya. maka nya, banyak la kereta kat jalanan, ada yang nak balik kampung, nak g berkelah, ada gak yang nak g jumpa kekasih gelap, macam2 lah.

yang tu tak jadi masalah, cuma bila berada dijalanan "sayangilah nyawa anda", kalau tak nak sayang nyawa anda, sayangilah nyawa orang2 yang anda sayang, kalau tak nak gak sayangilah nyawa orang laen...ade faham? maksudnya berhati2 lah di jalan raya...senang je...yup! aku faham, semua org pun nak cepat sampai ke destinasi dan bila banyak kenderaan, itu yang jadi masalahnya...mulalah berlaku sesuatu yang tidak diingini...nauzubillah~

nak bawa keta laju tu tak de masalah, cuma berhati2 la...itu je...mungkin sebelum nie ko cakap, ko bawak laju, potong lori balak 2,3 bijik skali gus, potong bas ekspress, tak de masalah. mmg la sbb tu kuar peribahasa malang tidak berbau. kita tak tahu bila akan terjadinya menda2 buruk nie...jadi juz take a simple precaution, berhati2...nak memotong pn biar btol2 selamat...korg akan cakap, ko tak yah nak nasihat kat aku la ted, ko tu bebudak lagi, aku lebey awal makan garam dari ko...maaf ye, bukan aku nak berlagak, tp  aku banyak terlibat kerja luar. outstation 2 kali sebulan yang melibatkan long distance driving, so aku faham benar berbanding ko yang balik kampung 2,3 kali setahun...aku slalu berada di jalanan, jadi bnyak menda berlaku dan perkara2 nie yang membuatkan aku lebih berhati2...but still, aku berhati2 sbb bnyk menda yang tak dapat nak diduga...

paling tak ley blah adalah perasaan E.G.O....terutamanya bagi lelaki la, perempuan tak pasti. EGO dalam erti kata tak nak berpijak di bumi yang nyata...korang, tolong lah kalau ngantok tukar driver, tak pun berhenti dlu, minum tongkat ali ke atau mungkin tdo sekejap...ini yang jadi masalahnya, ramai yang cakap aku boleh tahan memandu tanpa rasa mengantok, tp sebaliknya plak berlaku, 30 minit pegang stereng dah menguap bagai nak gila...pastu ckp "eh! nguap je, bkn ngantok pn"..shyt! pastu dh ngantok tu tak reti2 nak tukar driver atau berhenti kejap rehat, tapi tak sbb EGO mengatasi, nak gak memandu padahal tenaga dah tak de...please la, jgn EGO, kalau ngantok tukar, tak pon berhenti...ngantok bnyk jadi punca kemalangan di jalan raya...

huhu...tak hbs lagi luahan perasaan nie sebenarnya, tp cukup la dlu buat masa nie...aku bangkitkan hal nie bukan apa, sbb td masa balik dari Penang, 2 kemalangan maut aku jumpa...Ya Allah sangat menakotkan, aku tengok kejap je, member aku yang cakap ada yang maut, aku tak berani nak tengok, lemah semangat..satu kemalangan berlaku kat kawasan antara tasik banding, dan RnR Titiwangsa dan satu lg sekat selekoh antara empangan Pergau sebelum masuk bandar Jeli...dan kawan aku yang dalam perjalan ke utara cakap (terserempak kat atas bukit), dia jumpa 3 kemalangan, maksudnya selepas yang aku tengok tu, ada lagi kemalangan yang baru berlaku...

 pandangan dari RnR Titiwangsa, Gerik, Perik

jadi, berhati2 lah kita di jalan raya...nak laju ok, cuma laju berhati2...sayangilah nyawa kita dan nyawa orang2 yang kita sayang~

No comments: