Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, tadi sudah selesai menunaikan solat terawih hari pertama puasa. tahun sudah aku tidak sempat menunaikan solat terawih sebab waktu tu dalam keadaan genting nak mengejar masa takut ditinggalkan oleh bas.

Alhamdulillah juga, tahun ni aku diberi peluang sekali lagi untuk berpuasa disamping keluarga terchenta cuma tidak pasti samada cukup ke tidak sebulan sebab tahun lepas cukup sebulan berpuasa bersama keluarga, almaklum la waktu itu tengah menganggur.

kepada semua kenalan, aku ingat mengucapkan 

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H"

 iluvislam

bersyukurlah kerana anda semua termasuk diri ini diberi peluang dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang mulia ini. Semoga kita semua mempergunakan masa yang diberikan ini dengan sebaik mungkin dengan amalan-amalan, ibadah-ibadah dalam membentuk kita menjadi insan yang disayangi oleh Allah, InsyaAllah.

kepada kenalan rapat, aku doakan semoga korang sentiasa berada dalam lindungan Allah setiap masa dan dipermudahkan melakukan ibadah kepadaNya. Amin.

Akhir sekali, sekadar perkongsian lagi, jangan lupa bangun bersahur kerana selain memberi kekuatan kepada diri kita untuk bertahan sepanjang hari, bersahur juga ada keberkatan. sama-samalah kita mengejar untuk mendapatkan keberkatan yang dijanjikan Allah...

Wednesday, July 20, 2011

Tahniah

dalam bulan Julai nie ada 2 berita gembira sampai kepada aku...

pertamanya, aku nak ucapkan tahniah kepada sepupu aku yang telah dinaikkan pangkat sebagai Professor Madya. memang hebat, baru beberapa tahun mengajar dah dapat Professor Madya dan ucapan tahniah juga kerana sekali lagi memecahkan rekod keluarga kita.

dulu2, masa masih di bangku sekolah rendah, pernah aku tanamkan impian untuk challenge apa yang sepupu aku dapat, tapi di setiap peringkat aku kalah, yang sama hanya masa UPSR je. agak payah sebenarnya nak kalahkan orang yang memang hebat nie, menjadi pelajar terbaik kelantan, pelajar terbaik sekolah agama juga pelajar Malaysia terbaik semasa di Jordan.

walaubagaimanapun, abg tetap menjadi role model saya dan doakan yang terbaik untuk abg sekeluarga.

+++

kedua, tahniah kepada Mohamad Fadzil kerana telah ditawarkan untuk bekerja di syarikat yang sememangnya menjadi idaman beliau. habis je praktikal, panggil interview, terus dapat kerja, sangat hebat! bertuah ko dapat bos yang baik dengan ko. nnt dah kerja tu, jangan la lupakan aku pulak ye...hehe~

Gambar google

Tuesday, July 12, 2011

Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 2)

entry bersambung...bg yang nak tau kisah sebelum nie, sila ke Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 1), klik.

pagi2 sabtu lagi dah bangun sebab nak menghantar enchek padel pergi kerja, tapi dipertengahan jalan, hujan turun dengan lebat sekali menyebabkan hati enchek padel berbelah bahagi...haha...jadi kami ambil keputusan untuk pergi sarapan di McDonald (padel amik EL...hehe~).

selepas mengisi perut dengan jayanya, kami balik ke tempat penginapan sambil menunggu en double87 telefon. berdasarkan rancangan, kami akan berjumpa pukul 1 ptg sebab en double87 perlu ke LCCT terlebih dahulu untuk menukar tarikh flight (tukar le sgt, bek ko beli tiket baru je...hehe~). dalam pada itu, aku dan enchek padel pula meneruskan agenda kami iaitu menonton kartun, kemudian pergi servis kereta dan basuh kereta.

sesudah selesai segala urusan, en double87 call dan seperti yang dijanjikan kami akan bertemu di satu tempat nnt. tempat tu adalah Gold Coast Sepang, tapi bukanlah pergi menginap di sana cuma berpacaran di tepian pantai. menghabiskan masa sepetang di sana sebelum kami bertukar port seterusnya iaitu Secret Recipe Nilai. pada cadangan awalnya ingin pergi ke SR KLCC (tempat lepak utama aku dan enchek padel) tp disebabkan perhimpunan tu, kami terpaksa menukar port lain.

Gold Coast Sepang @ Pantai Bagan Lalang

di SR makan tak ingat dunia, walaupun yang datang hanya 3 orang, tapi kek yang terhidang sampai 5 slices dan semuanya adalah khas untuk si bufday boy (en double87). kira2 pukul 6 ptg selepas penat sesi kutuk mengutuk, maka tibalah saat perpisahan (berpisah ngan en double87 je, enchek padel aku minta dia temankan ke terminal bas). jadi aku tinggalkan serunding daging @ sambal daging dalam bahasa kelantannya kepada en double87, juga utk enchek padel. sorry, tak sempat nak g shopping batek untuk korg.

 Birthday Boy and Cakes

Birthday Boy kekenyangan

maka, berpisah lah kami, aku dan enchek padel meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Selatan (TBS). mengapa TBS? bukan sebab aku nak balik selatan, tp aku nak balik ke pantai timur, cuma terminal bas di hentian putra lumpuh sementara waktu dek kerana perhimpunan itu juga. herm, ini adalah kali pertama ke TBS, sangatlah menarik jika dibandingkan dengan hentian bas lain, terasa macam nak naik flight je.

830pm perpisahan skali lagi terjadi, aku ngan enchek padel lak. tiket bas di tangan menunjukkan aku perlu naik bas pada pukul 9pm tapi kelewatan berlaku dan akibatnya bas datang pukul 10pm. dalam kepala aku naik je bas nak terus tidur sebab sampai di kelantan nanti aku akan terus pergi kerja, tapi lain pula jadinya. mata langsung tidak menunjukkan tanda2 mengantuk, sentap betul! ada sebabnya aku tak mengantuk tapi tidaklah aku mahu ceritakan.

 Mabuk-Mabuk Crew
Bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa

p/s: akhirnya tercapai gak impian Mabuk-Mabuk Crew untuk berkumpul selepas kali terakhir berjumpa bersama. 

special thanks to enchek padel sebab sudi bawa aku jalan2 sampaikan sanggup ambil EL (ada kaitan ngan aku gak ke, bukan cuaca ke? haha~), sorry kalau aku yang menyebabkan getah kereta ko jatuh, nnt ko datang kelantan, aku ganti balik..hehe..sorry la kalau menyusahkan ko kna teman aku g TBS disebabkan oleh kejakunan aku... 

special thanks gak untuk en double87 sbb amik cuti masa aku datang (yeke ko amik cuti? atau ko mmg cuti masa tu?)

akhir sekali, tQ so much for everything guys. =D

Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 1)

hujung minggu lepas telah aku habiskan bersama "Mabuk-Mabuk Crew" iaitu enchek padel dan en double87 di Sepang. walaupun keadaan waktu itu sangat havoc dek kerana perhimpunan BERSIH, tapi itu tidak menghalang niat murni aku untuk berjumpa dengan kawan2 lama. lagipun, aku dah planning untuk datang ke kl agak lama iaitu sebelum perhimpunan BERSIH diwar2kan. banyak planning terpaksa direncanakan balik disebabkan tempat2 yang kami rancang nak pergi adalah semuanya tempat2 hot perhimpunan tu diadakan...ceit! rosak habis segala rancangan awal, tapi gathering masih diteruskan.

aku bertolak seawal pagi jumaat dengan bas (tak mampu nak naik flight) dan disebabkan banyaknya roadblock di sepanjang jalan telah menjadikan perjalanan sangat lambat ditambah dengan kesesakan lalulintas yang agak teruk, hanya Allah je yang tahu. sampai di Hentian Putra agak lewat petang dan terus berkejaran ke stesen komuter berdekatan. terasa diri ini sangat jakun menaiki ets bila hampir 1 tahun meninggalkan alam2 kemudahan awam (dulu masa aku tgh blaja, tak de lagi ets bagai nie).

sampai di stesen nilai agak lewat, dah dekat kul 9 malam, lantas menghubungi enchek padel. enchek padel juga rupa2nya terperangkap dalam kesesakan lalulintas dek kerana roadblock yang dijalankan, tp beliau menggunakan alternatif lain dengan menggunakan "jalan hutan" katenya. hebat kereta beliau, ala2 4x4. perjalanan enchek padel dari rumah sewanya ke stesen nilai yang pada dasarnya mengambil masa 15 minit telah dipanjangkan kepada lebih 30 minit. penat aku menunggu.

sesampainya enchek padel terus membawa aku ke tempat penginapan (hmm, tak planning pn...cari2 je) dan kami sebulat suara untuk menginap di Akademi Al-Fateh. untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tempat nie, sila lah ke blog kami, PTravelog. terima kasih~

 Akademi Al- Fateh

sudah siap check in dan mandi segala bagai kami meneruskan perjalanan ke Broga utk menjemput en double87 lak. pada masa tersebut, kami terpaksa mengejar masa sebab en double87 sudah panas bontot menunggu kitaorg. harap maaf yer en double87, kesesakan lalulintas, apa bley buat. akhirnya, pada detik 11.00mlm, maka bersatulah kami "Mabuk-Mabuk Crew"...hehe~ >tercapai sudah impian, walaupun banyak dugaan kot, hampir2 terbatal dek perhimpunan<

selepas di angkut en double87, kami menuju ke satu tempat yang di panggil kedai makan (bukan restoran tau) di area ulu beranang. tapi kelihatan semua segan2 untuk makan, alasan yang diberikan sudah lewat malam, tapi aku masih gak mengorder nasi sebagai dinner (dinner ko pukul 11 ted).

kemudian, aktiviti bercerita dijalankan dengan gembiranya. lepas semua dah penat, kami menghantar en double87 ke rumahnya manakala kami terus balik ke tempat penginapan untuk berehat sebab enchek padel esoknya kena kerja...hehe~

k, habis sudah part 1, akan bersambung di part 2...nantikan~

Monday, July 4, 2011

Kembali Ke Udara

Hey...hey...hey...apa khabar korang smua? lama sudah kita tidak bersua muka, agak2 ada ke yang rindukan ted, ade ke yang meroyan sbb ted tak update blog? apa2 je lah, tp yang penting hati mau gumbira k...hehe~

maaf la, ted ada something personal yang nak kna selesaikan...itu yang tak sempat nak update blog...

tp, pasni ted akan selalu update utk korg pembaca2 setia blog ted...

>>> owh! btw kan, jgn lupa ek klik2 iklan kat sebelah kanan tu, tolong la ted dapatkan Metered Earning...ehe~ traffic blog ted tak de la mengancam sgt pn, tp dah dapat Buffered Earning pn dah kira bagus, cuma ted tak berpuas hati, nak gak dapatkan Metered Earning...please korg, jgn lupa klik ya...cayang korang~ <<<

nie juz entry mukaddimah yang menunjukkan ted dah mula balik berblogging...so, pastikan korg bersama ted sepanjang masa k...

"ted tinggalkan korg dengan gambar nie...gambar nie diambil masa ted g Hari Terbuka TUDM Gong Kedak aritu...besh2! bnyk menda menarik di sini...len kali nak ajak enchek padel sama la...musti dia gumbira"

ted terpaksa mengundur diri dlu...nnt ted update len k...nntkan story yg besh2 dan meletop dr ted...daaa~