Tuesday, July 12, 2011

Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 1)

hujung minggu lepas telah aku habiskan bersama "Mabuk-Mabuk Crew" iaitu enchek padel dan en double87 di Sepang. walaupun keadaan waktu itu sangat havoc dek kerana perhimpunan BERSIH, tapi itu tidak menghalang niat murni aku untuk berjumpa dengan kawan2 lama. lagipun, aku dah planning untuk datang ke kl agak lama iaitu sebelum perhimpunan BERSIH diwar2kan. banyak planning terpaksa direncanakan balik disebabkan tempat2 yang kami rancang nak pergi adalah semuanya tempat2 hot perhimpunan tu diadakan...ceit! rosak habis segala rancangan awal, tapi gathering masih diteruskan.

aku bertolak seawal pagi jumaat dengan bas (tak mampu nak naik flight) dan disebabkan banyaknya roadblock di sepanjang jalan telah menjadikan perjalanan sangat lambat ditambah dengan kesesakan lalulintas yang agak teruk, hanya Allah je yang tahu. sampai di Hentian Putra agak lewat petang dan terus berkejaran ke stesen komuter berdekatan. terasa diri ini sangat jakun menaiki ets bila hampir 1 tahun meninggalkan alam2 kemudahan awam (dulu masa aku tgh blaja, tak de lagi ets bagai nie).

sampai di stesen nilai agak lewat, dah dekat kul 9 malam, lantas menghubungi enchek padel. enchek padel juga rupa2nya terperangkap dalam kesesakan lalulintas dek kerana roadblock yang dijalankan, tp beliau menggunakan alternatif lain dengan menggunakan "jalan hutan" katenya. hebat kereta beliau, ala2 4x4. perjalanan enchek padel dari rumah sewanya ke stesen nilai yang pada dasarnya mengambil masa 15 minit telah dipanjangkan kepada lebih 30 minit. penat aku menunggu.

sesampainya enchek padel terus membawa aku ke tempat penginapan (hmm, tak planning pn...cari2 je) dan kami sebulat suara untuk menginap di Akademi Al-Fateh. untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tempat nie, sila lah ke blog kami, PTravelog. terima kasih~

 Akademi Al- Fateh

sudah siap check in dan mandi segala bagai kami meneruskan perjalanan ke Broga utk menjemput en double87 lak. pada masa tersebut, kami terpaksa mengejar masa sebab en double87 sudah panas bontot menunggu kitaorg. harap maaf yer en double87, kesesakan lalulintas, apa bley buat. akhirnya, pada detik 11.00mlm, maka bersatulah kami "Mabuk-Mabuk Crew"...hehe~ >tercapai sudah impian, walaupun banyak dugaan kot, hampir2 terbatal dek perhimpunan<

selepas di angkut en double87, kami menuju ke satu tempat yang di panggil kedai makan (bukan restoran tau) di area ulu beranang. tapi kelihatan semua segan2 untuk makan, alasan yang diberikan sudah lewat malam, tapi aku masih gak mengorder nasi sebagai dinner (dinner ko pukul 11 ted).

kemudian, aktiviti bercerita dijalankan dengan gembiranya. lepas semua dah penat, kami menghantar en double87 ke rumahnya manakala kami terus balik ke tempat penginapan untuk berehat sebab enchek padel esoknya kena kerja...hehe~

k, habis sudah part 1, akan bersambung di part 2...nantikan~

No comments: