Tuesday, July 12, 2011

Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 2)

entry bersambung...bg yang nak tau kisah sebelum nie, sila ke Mabuk-Mabuk Crew Berkumpul (Part 1), klik.

pagi2 sabtu lagi dah bangun sebab nak menghantar enchek padel pergi kerja, tapi dipertengahan jalan, hujan turun dengan lebat sekali menyebabkan hati enchek padel berbelah bahagi...haha...jadi kami ambil keputusan untuk pergi sarapan di McDonald (padel amik EL...hehe~).

selepas mengisi perut dengan jayanya, kami balik ke tempat penginapan sambil menunggu en double87 telefon. berdasarkan rancangan, kami akan berjumpa pukul 1 ptg sebab en double87 perlu ke LCCT terlebih dahulu untuk menukar tarikh flight (tukar le sgt, bek ko beli tiket baru je...hehe~). dalam pada itu, aku dan enchek padel pula meneruskan agenda kami iaitu menonton kartun, kemudian pergi servis kereta dan basuh kereta.

sesudah selesai segala urusan, en double87 call dan seperti yang dijanjikan kami akan bertemu di satu tempat nnt. tempat tu adalah Gold Coast Sepang, tapi bukanlah pergi menginap di sana cuma berpacaran di tepian pantai. menghabiskan masa sepetang di sana sebelum kami bertukar port seterusnya iaitu Secret Recipe Nilai. pada cadangan awalnya ingin pergi ke SR KLCC (tempat lepak utama aku dan enchek padel) tp disebabkan perhimpunan tu, kami terpaksa menukar port lain.

Gold Coast Sepang @ Pantai Bagan Lalang

di SR makan tak ingat dunia, walaupun yang datang hanya 3 orang, tapi kek yang terhidang sampai 5 slices dan semuanya adalah khas untuk si bufday boy (en double87). kira2 pukul 6 ptg selepas penat sesi kutuk mengutuk, maka tibalah saat perpisahan (berpisah ngan en double87 je, enchek padel aku minta dia temankan ke terminal bas). jadi aku tinggalkan serunding daging @ sambal daging dalam bahasa kelantannya kepada en double87, juga utk enchek padel. sorry, tak sempat nak g shopping batek untuk korg.

 Birthday Boy and Cakes

Birthday Boy kekenyangan

maka, berpisah lah kami, aku dan enchek padel meneruskan perjalanan ke Terminal Bas Selatan (TBS). mengapa TBS? bukan sebab aku nak balik selatan, tp aku nak balik ke pantai timur, cuma terminal bas di hentian putra lumpuh sementara waktu dek kerana perhimpunan itu juga. herm, ini adalah kali pertama ke TBS, sangatlah menarik jika dibandingkan dengan hentian bas lain, terasa macam nak naik flight je.

830pm perpisahan skali lagi terjadi, aku ngan enchek padel lak. tiket bas di tangan menunjukkan aku perlu naik bas pada pukul 9pm tapi kelewatan berlaku dan akibatnya bas datang pukul 10pm. dalam kepala aku naik je bas nak terus tidur sebab sampai di kelantan nanti aku akan terus pergi kerja, tapi lain pula jadinya. mata langsung tidak menunjukkan tanda2 mengantuk, sentap betul! ada sebabnya aku tak mengantuk tapi tidaklah aku mahu ceritakan.

 Mabuk-Mabuk Crew
Bertemu dan berpisah adalah adat manusia biasa

p/s: akhirnya tercapai gak impian Mabuk-Mabuk Crew untuk berkumpul selepas kali terakhir berjumpa bersama. 

special thanks to enchek padel sebab sudi bawa aku jalan2 sampaikan sanggup ambil EL (ada kaitan ngan aku gak ke, bukan cuaca ke? haha~), sorry kalau aku yang menyebabkan getah kereta ko jatuh, nnt ko datang kelantan, aku ganti balik..hehe..sorry la kalau menyusahkan ko kna teman aku g TBS disebabkan oleh kejakunan aku... 

special thanks gak untuk en double87 sbb amik cuti masa aku datang (yeke ko amik cuti? atau ko mmg cuti masa tu?)

akhir sekali, tQ so much for everything guys. =D

No comments: