Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Alhamdulillah, tadi sudah selesai menunaikan solat terawih hari pertama puasa. tahun sudah aku tidak sempat menunaikan solat terawih sebab waktu tu dalam keadaan genting nak mengejar masa takut ditinggalkan oleh bas.

Alhamdulillah juga, tahun ni aku diberi peluang sekali lagi untuk berpuasa disamping keluarga terchenta cuma tidak pasti samada cukup ke tidak sebulan sebab tahun lepas cukup sebulan berpuasa bersama keluarga, almaklum la waktu itu tengah menganggur.

kepada semua kenalan, aku ingat mengucapkan 

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H"

 iluvislam

bersyukurlah kerana anda semua termasuk diri ini diberi peluang dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang mulia ini. Semoga kita semua mempergunakan masa yang diberikan ini dengan sebaik mungkin dengan amalan-amalan, ibadah-ibadah dalam membentuk kita menjadi insan yang disayangi oleh Allah, InsyaAllah.

kepada kenalan rapat, aku doakan semoga korang sentiasa berada dalam lindungan Allah setiap masa dan dipermudahkan melakukan ibadah kepadaNya. Amin.

Akhir sekali, sekadar perkongsian lagi, jangan lupa bangun bersahur kerana selain memberi kekuatan kepada diri kita untuk bertahan sepanjang hari, bersahur juga ada keberkatan. sama-samalah kita mengejar untuk mendapatkan keberkatan yang dijanjikan Allah...

No comments: