Monday, August 22, 2011

Kad Raya 2011

Tahun ini seperti juga tahun-tahun yang sudah, aku masih meneruskan tradisi iaitu memberi kad raya, yang sebenar dan bukannya kad raya digital. aku pun tidak pasti kenapa aku meneruskannya, aku hanya mengikut kata hati yang seakan tidak mahu duduk diam dan asyik menyuruh aku pergi membeli kad raya.

tradisi menghantar kad raya ini semakin berkurangan dan mungkin satu hari ianya akan hilang, lenyap, pupus daripada kehidupan kita. ini dapat dilihat sewaktu aku ke kedai buku untuk mendapatkan beberapa keping kad raya, aku lihat kad raya sudah semakin kurang dihasilkan, tidak banyak pilihan yang ada, rak yang digunakan juga semakin berkurangan, adakah ini petanda atau hanya perasaan aku sahaja?

seterusnya, penceritaan melalui gambar:

Inilah kad raya aku dapatkan daripada kedai buku tersebut. aku lebih menyukai kad raya berbentuk korporat seperti begini jika dibandingkan dengan kad raya yang ada gambar-gambar kartun segala bagai itu. kad raya ini seterusnya akan diisi dengan kata-kata @ madah-madah @ janji-janji manis dan juga ucapan hari raya serta ampun maaf...

dah mengarang semua yang nak ditulis, nak diluahkan, masukkan terus dalam envelope. tapi sebelum tu, spray la sikit minyak wangi ataupun masukkan bedak bagi wangi untuk menarik perhatian si dia (jangan nanti bedak disalah anggap dengan anthrax dah la...hehe~). erm, ada juga cium dlu puas-puas sebelum dimasukkan dalam envelope...haha~

p/s: aku tak buat ok perkara-perkara di atas...haha~

ok, yang gambar atas tu, kad raya tadi yang aku dah siap-siap tulis dengan alamat sekali, tinggal setem je tak beli lagi...jadi, esok sudah boleh diposkan...alamat penerima terpaksa diblurkan kerana identiti penerima dirahsiakan...so, nanti tengok la, kalau surat tu sampai kat rumah korang, maksudnya korang dapat la kad daripada aku...hehe~

kad ini pun aku baru tulis gak...kad ini spesel sikit sebab kad ini bakal menerima nasib sama seperti kad di bawah.

kad inilah yang aku maksudkan. kad ini aku tulis pada Ramadhan tahun lepas, lepas dah siap semua, alamat dah tertulis, setem dah tampal.........akhirnya, aku simpan dan masukkan dalam bilik kebal aku...hehe~

kepada siapakah surat ini? kenapa aku tak hantar? biarlah ianya menjadi rahsia antara aku dengan kad tersebut sahaja...

sekarang nie, di tangan aku masih ada beberapa keping yang masih belum ada pemiliknya...jadi, ada tak sesiapa yang nak kad raya tersebut? kalau ada, nnt aku hantarkan kat korang (if sempat la), just pm me your address k n name of course...=)

Wednesday, August 17, 2011

Colek

Colek! anda tahu apa itu colek? colek tu bukannya culik @ cuit ye...colek nie berasal dari perkataan mana aku pun tak berapa pasti, tapi ianya memang femes digunakan oleh rakyat kelantan. colek nie bermaksud a dish of mixed seafood like prawns or squid, chicken, potatoes, dried beef and others dipped in flour and deep-fried (sumber thestaronline). dia ada macam-macam jenis, colek ayam, colek buah. aku tak pasti orang selain daripada kelantan panggil apa, rojak kot! tapi kalau kat kelantan rojak tu rojak mee.

ok, colek nie femes masa bulan puasa nie dan selalunya lepas berbuka @ lepas terawih ianya di makan. sekarang nie, restoran yang menjual colek pada bulan Ramadhan nie ibarat cendawan tumbuh lepas hujan, banyak sangat, tapi tidak semuanya adalah sedap!

bagi sesiapa yang tercari-cari restoran yang menjual colek nie di kelantan, yang datang jalan-jalan atau bercuti di kelantan di bulan puasa nie @ orang kelantan yang akan balik bercuti nanti dan tercari2 kedai nak membeli colek ni, aku nak cadangkan kat korg beberapa tempat (tempat-tempat yang aku cadangkan kat area Cherang ya, my village...sbb apa aku cadangkan tempat nie sebab dekat ngan rumah aku dan yang nie yang femes...hehe~)

1. Restoran Nasi Ulam
kenapa restoran nie namanya restoran nasi ulam sebab pada bulan-bulan biasa waktu tengahari, restoran nie menjual menu nasi ulam yang memang femes juga di Kelantan nie. pada bulan Ramadhan pula, mereka menjual colek ayam yang memang sangat femes. kalau tanya orang memang akan tahu restoran ini. yang nie aku letakkan sebagai no 1 sebab most preferred from me myself lah. sangat best dan harga pun berpatutan! ramai yang sanggup beratur panjang untuk membeli colek di sini dan ada yang dah mula beratur sebelum azan isyak lagi (bagi yang tak pegi terawih).lokasinya betul-betul terletak hampir dengan simpang 4 Kg Cherang (kalau tak jumpa, tanya orang di mana simpang 4 Wau Bulan, mesti orang kenal sebab di simpang 4 tersebut ada replika Wau Bulan yang besar)

Inilah pemilik Restoran Nasi Ulam nie
Trimas skali lagi thestaronline untuk gambar nie

2. Restoran D'Cherang
juga di Kg Cherang. restorannya juga berada berdekatan sahaja dengan Restoran Nasi Ulam tadi. menghidangkan juadah colek ayam yang memang terkenal di bulan Ramadhan ini juga pada bulan-bulan lain. jadi, kalau sesiapa nak makan colek bukan pada bulan Ramadhan, silalah datang ke sini.

3. Restoran Selera Cik Siti
dulu restoran nie dibuka Jalan Mahmood dan sekarang dah berpindah ke Kg Cherang juga. restoran ini juga berada berdekatan sahaja dengan 2 restoran di atas, dalam linkungan 100 meter sahaja atau kurang. juga menawarkan aneka pilihan colek dan mampu menarik ramai pelanggan setiap malam.

4. Restoran Tak De Nama
yang nie berada agak jauh sikit tapi masih di Kg Cherang juga, tapi pada jalan yang berlainan. ketiga restoran yang saya sebutkan di atas berada di Jalan Abdul Kadir Adabi, manakala restoran ini berada pada Jalan Yaakobiah (rujuk google map untuk mendapatkan view yang lagi menarik). restoran ini juga menghidangkan colek juga dan mendapat ramai pelanggan juga setiap malam.

itulah, empat restoran yang aku pertaruhkan untuk kategori colek nie...jadi apalagi, serbulah ramai-ramai. bagi restoran 1,3 dan 4, colek-colek diaorang hanya dijual pada bulan Ramadhan sahaja...cepat2 lah yer...hehe~

~Selamat Menjamu Selera~

Inilah Kg Cherang bg sesiapa yang tak pernah sampai~.