Monday, December 31, 2012

Kisah Awana Kijal

Baru aku teringat yang aku ada hutang dengan korang pasal Awana Kijal, tempat aku menginap tempoh hari, rujuk sini. Dipendekkan cerita, tujuan aku ke sini sebenarnya aku sendiri pun tak pasti, cadangnya nak rehatkan kepala lepas 1 bulan lebih melalui detik yang "memenatkan" dalam hidup tapi tak jugak hilang penatnya. Ntah, aku pun tak faham~

Eh! melalut la pulak. Ok lah kita sambung, aku pilih Deluxe Room sebabnya murah...hehe~ Hakikatnya tak lah murah sangat, tapi aku dapat harga bilik kurang 50% daripada harga asal bilik terima kasih kepada Agoda dan kepada member yang telah mem-booking-kan bilik itu bagi pihak aku.

Masa nak check-in, receptionist datang menatang dulang yang ada 2 ketul gelas kecil cik mek molek air sejuk yang dicampur ape ntah, tapi menarik sebab manis.

"Selamat datang ke Awana Kijal. En dah buat booking?

"Dah" - sambil hulur kertas confirmation booking

"En Firdaus datang untuk urusan keje ke bercuti?

"Bercuti!"

"Sorang je?" - terkejut dia, siap pandang aku lagi macam tak percaya

"Yup. Kenape?"

"Bosan laa sorang2"

Aku senyum sinis, dalam hati aku, shuddap u pompuan, menyibuk je~

Dah malas nak taip panjang2. Cukup la setakat tu je kot. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Awana Kijal nie, korang bolehlah klik di sini. Korang boleh dapat segala mak nenek info kat web dia tu. Kalau nak lebih lagi, baca review blogger lain yek, ramai yang buat review pasal hotel nie. Kalau korang nak bercuti bawa keluarga, bolehlah datang sini, jauh dari kesibukan bandar, just nice~

Ok, layan gambar yang tak seberapa di bawah.

 "The Bilik - Deluxe Room"

 
"Laluan masuk"

"Bilik airnya, tak best la"

"No, thats not me"

"Lagi ruangan"

"Pantainya kenapa tak de orang? sebab musim tengkujuh sayang ooi"

 "Bersantai?"

 "Tak de motif"

 "The deco"

 "Bilik dia banyak ok"

 "Giant Chess, can you spot it?"

 "Nak gi mane?"

 "Anda jangan tersalah dengan shopping mall yer. Ini bukan shopping mall tapi lobi hotel"

 "Pandangan dari aras aku, aras 7, semua ada 9 aras"

p/s: what do i missed? pandai, swimming pool. i hate to talk about it. 3 hotel pegi, yang nie 1st, hari kedua kat Alor Staq dan hari ketiga kat Kangar, tiga2 tak masuk swimming pool...sentap~

Thursday, December 20, 2012

Ted @Awana Kijal

20.12.2012

Susunan nombor yang sangat cantik untuk diingati

Aku bersiaran dari Awana Kijal

Just a little treat for myself on the very day


Aku akan update lagi kemudian, InsyaAllah~

Sunday, December 16, 2012

The Beginning Of The End

Asif sebab lama sudah aku tidak mencoretkan sepatah dua kata dalam blog ini.

Aku sekarang dalam fasa melalui keadaan-keadaan yang agak sukar dalam hidup aku. Terlalu banyak perkara yang bermain di benak fikiran aku ketika ini.

Mungkin orang-orang yang berada disekeliling aku memikirkan yang aku tidak mempunyai masalah kerana melihatkan wajah aku yang sentiasa ceria, tapi sebenarnya keceriaan itu adalah palsu semata-mata untuk mengelakkan daripada orang yang berada disamping aku risau walaupun mereka sebenarnya tidak mengendahkan langsung tentang apa yang aku rasakan. 

Aku tidak mahu bercakap panjang tentang hal ini kerana takut orang beranggapan aku ingin mengharapkan belas kasihan daripada korang. Tidak sama sekali!

Insyaallah aku akan cuba kuatkan semangat untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan dan Alhamdulillah walaupun aku rasakan sudah tidak ada sesiapa untuk bergantung, masih ada lagi insan yang sudi untuk menggembirakan aku, mendengar rintihan aku, memberi kata-kata perangsang supaya aku tidak patah semangat dan aku tidak lupa sebaik-baik tempat untuk merintih adalah dengan kembali kepada Pencipta Yang Maha Mendengar.


Saturday, October 13, 2012

Kami Jumpa Cik Muda

Minggu lepas punya citer.

"hek ela...lu pehal ted! tu citer dah basi arr, org tak update citer2 minggu lepas ni...skrg smua nak up-to-date matter mcm isu justin bieber"

teeetttt!!! aku tak minat bieber~

ala, rileks la korg, bukan lame sangat punya citer pun, baru minggu lepas je...panaz la tu~

minggu lepas, aku menerima kunjungan daripada cik muda. siapakah gerangannya cik muda nie? kenapa beliau dipanggil cik muda? muda sangat ke beliau? (soalan jelez dari kaum hawa) sapa dia cik muda nie, aku tak nak bagitau tapi dia sama batch dan satu course dengan aku waktu study kat ukm dulu...

cik muda nie datang ke kelantan sebab nak closing perjanjian dengan client and you know what, she's good and she "owns" the east coast region for peninsular Malaysia. superb isn't it? but a very down-to-earth person. i'm glad that cik muda contact aku sebelum dia datang ke kelantan, so aku boleh arrange my schedule. lagipun dia datang waktu weekdays dan selalunya weekdays (ahad, isnin, selasa) aku ada di kelantan, cuma the remaining days je yang kadang-kadang aku on-off for outstation. so kalau tak datang tak bagitau, tiber-tiber nak buat suprise, jangan terkejut la kalau aku cakap aku ada kat putrajaya.

disebabkan masing-masing keje, jadi waktu kami boley jumpa malam je la...so, pergi dinner, then bawak pergi wakaf che yeh untuk cari sedikit stuff, chit chat sambil minum air kelapa, then terus hantar cik muda ke hotelnya. cik muda bagi kami souvenir dari Korea, maceh yer~

bersempena dengan kedatangan cik muda ke kelantan, jadi cik muda telah buat satu status dia FBnya...aku tak tahu sebab aku tak de fb, so ada member yang sampaikan kat aku, dia cakap ramai yang rindu aku...jadi dengan penuh keterujaan dan "terdesak", aku telah log in fb, bukan fb aku la, guna fb org lain...teeeettttt~ 

jadi aku telah print screen untuk korang yang lain baca...untuk pengetahuan uolss, kami dah mintak approval dari cik muda sendiri untuk print screen statusnya, kami tak main curi-curi nie, tak gentlemen...hiks~


~ feast your eyes ~

owh, tapi kan...ada member yang jelez sebab aku bawak cik muda jalan2...hehe~ x caya? see thiz~

~ identiti dirahsiakan...teeetttt! ~

Thursday, October 11, 2012

Second (2nd)

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah dua tahun aku berada di alam pekerjaan, bukan setakat tu je, dah dua tahun juga aku bersama dengan syarikat tempat aku bekerja sekarang. alam belajar sudah lame aku tinggalkan dan banyak ilmu yang aku pelajari, aku semakin lupa. bukan apa, sebab bidang aku belajar dengan bidang aku bekerja sangat jauh bezanya, tiada kaitan langsung. yelah, bidang health dengan bidang construction, camne nak kaitkan tu?

Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang nie, aku langsung tak menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan untuk diri aku walaupun banyak pihak seolah-olah tidak dapat terima dengan apa yang aku buat sekarang. biasalah manusia, bukan aku dapat tutup pun mulut diaorg apatah lagi nak mengawal hati diaorg. jadi, aku buat bodo jela~

Ok, bagi yang berminat nak tau update terbaru pasal diri aku, cewah, perasan selebriti gitu...aku masih lagi single, muka masih berjerawat, berat badan dah bertambah2 dan kalau yang lama tak jumpa aku tiber2 jumpa tu, terima kasih sebab korg selalu mendoakan kesihatan aku dengan berkata:

"ted!!!makin sihat"

maceh yer uollss~

(sambung) aku belum berkahwin, aku belum ada anak, potongan rambut masih lagi macam dulu, nerd...sekarang aku dah pandai mengarahkan orang, dah pandai marah2 orang, maki2 orang, tengking je belum -orang tu merujuk kepada pekerja yer- dan juga aku dah pandai senyum sorang2, haha macam org tak betul lak.

Macam biasa hidup aku ada turun, ada naik, tapi secara keseluruhannya aku gembira with my life...gembira pun sebab ada 2 insan istimewa dalam hidup aku...teeeettttt! tak mo citer yang tu...haha~ wah dua, sangat la bertepatan dengan aku menyambut anniversary ke-2...adakah aku perlu mencari insan ke-3 bilamana aku menyambut anniversary ke-3? teeeetttt! tak mo jawab...haha~

Disebabkan tak de sesape pun nak wish untuk aku, so aku wish la untuk diri aku sendiri,

"Happy 2nd Anniversary"

p/s: ok la, aku da nak tdo. lagipun da lewat nie, sok nak keje. btw, update nie waktu aku outstation~

Sunday, September 30, 2012

Forfeit

Should i or should not?

Sunday, July 8, 2012

Terperangkap

Assalamualaikum

Satu updated yang ringkas.

Aku terperangkap dalam mainan psikologi yang aku sendiri mulakan.

Sekarang aku dah buntu.

Perasaan aku sangat berbelah bahagi dan aku tak dapat nak buat keputusan terbaik.

I'm doomed!

Mr Google

Sunday, July 1, 2012

Aku Ditusuk

Assalamualaikum

Petang tadi aku dan beberapa orang teman telah mengerah keringat di tapak projek dalam keadaan masih berpakaian ofis sebab kitaorang tak tahan melihat kayu yang bersepah disebabkan bangla bodoh tak bertanggungjawab. Jadi kami sama-sama bergotong-royong menyusun balik kayu-kayu yang dah digunakan tapi masih elok lagi.

Dalam sedang asyik melakukan kerja, tiba-tiba aku terasa kaki aku tertusuk sesuatu, lantas menyebabkan aku terjerit!

"ahH~" 

(sungguh comel dan nakal jeritan aku tersebut, tapi bukan aku sengaja, dah itu yang terkeluar secara spontan, so blame the mouth..haha~)

Walla, kakiku tembus ditusuk paku sepanjang 2 inci. Aku tak pasti berkarat ke tidak sebab teman aku terus amik kayu tu terus buang, macam dia plak yang marah. Aku tengok tembus kasut Bata aku yang berharga RM 59.99 itu. First time nie berlaku~

Aku terus berhenti, bergerak ke tepi dan duduk. Lempar kasut, tarik stokin.

"Eh, tak berdarah...ajaib!" 

Rileks je aku. Tapi teman aku sorang tu dengar, namanya Abg Din. Terus dia datang dengan kayu 1x2 di tangan.

Diketuk-ketuknya kaki aku dengan kayu tersebut, supaya darah keluar katanya. Memang la payah darah nak keluar sebab petang, kalau tengahari harus darah aku mengalir tak henti-henti. Tapi, pas beberapa minit, memang keluar darah, siap menitik lagi.

Pastu dia tinggalkan aku, hilang pergi cari ape ntah di sebalik semak dan kemudian datang balik dengan sebatang keladi di tangan dia. Dipenyek-penyeknya keladi tersebut untuk keluarkan getah, dia cakap getah keladi nie mujarab. Aku ada la gak tanya apa nama keladi tu, siap dua kali tanya, tapi masih gak lupa ape nama dia...haha~

Diikatnya kaki aku dengan keladi yang dipenyek tu, dia cakap jangan bukak lagi, pakai je terus dengan stokin tu, bagi lama sikit.

Boss aku tengok dari jauh je sebab takut darah katenya...hampeh! tapi dia duk tanya tak sakit ke, tak berdenyut ke. Aku cakap memang tak rasa apa-apa pun, geli ada la.

Tapi, aku masih gak dapatkan injection sebab tak pasti paku tadi berkarat ke tidak. Jadi, sebagai precaution sajalah..hehe~

Friday, June 8, 2012

Action Speaks Louder Than Words

Assalamualaikum


"Kau kata kau perlukan aku tapi tindak-tanduk kau adalah sangat berlawanan dengan apa yang kau katakan"


Kau ingat aku nie tunggul kayu?

Tuesday, May 8, 2012

Gembirakan Hatinya

Alangkah bahagianya bila kita dapat menggembirakan hati orang yang kita sayang!!! 

Itu lah yang berlaku pada aku malam nie,

walaupun pertolongan yang aku berikan boleh dianggap kecil je,

tapi apa yang penting, aku dapat melihat kegembiraan terpancar di wajahnya...

Alhamdulillah, aku bersyukur~

Aku berasa sangat bahagia bila dapat membantu/menolong orang-orang yang aku kategorikan dalam golongan orang yang aku sayang.

Secara jujurnya, aku tidak sanggup untuk melihat dia bersedih, muram dan tidak bersemangat, terbit rasa kasihan di hatiku...

Jadi, walaupun dengan pertolongan yang tidak seberapa tapi yang penting aku dapat melihat orang yang aku sayang gembira...itu yang paling utama bagiku!

Dan,

walaupun dia hanya datang kepada aku pada waktu susah,

dan pada waktu senang dia lebih mengutamakan orang lain daripada aku,

aku tidak kesah!!! 

Kerana bagiku hanya Allah yang tahu sejauh mana perasaan aku terhadapnya, 

hanya Allah yang tahu betapa aku terlalu mengambil berat tentang dirinya,

hanya Allah yang tahu betapa kasihnya aku terhadapnya...

Dan apa yang pasti, takdir telah menentukan yang aku tidak mungkin dapat memilikinya...=(

Monday, April 23, 2012

Bumi Siam

Setelah lame berada dalam draft, akhirnya ter-publish juga...

2 minggu lepas, aku berpeluang untuk pijak Bumi Siam for the first dalam idop aku tanpa menggunakan buku merah...ia aktiviti yang tak dirancang sebenarnya, waktu tu aku odw nak g tengok site bagi projek kontrak baru dan kebetulan lalu kat tepi Sg Golok sebelum bos aku tibe2 bersuara,

"jom pergi Munduk"

Dan disahut dengan nada gembira oleh sahabat aku sorang lagi...

Tiba masa nak cross Sg Golok, bos aku tak pegi jadi lak...hish, penat aku pujuk tak jalan gak...akhirnya aku tinggalkan dia, aku pergi dengan sahabat aku yang dari tadi dah ada kat dalam sampan nak cross sungai.

Quite takut gak sebab baru je lepas berlaku eksiden pengeboman kat sempadan kan, but lucky hari tu bukan Hari Nak...so, lengang je la, orang menjual pun takat 2,3 ketul je...Kalau Hari Nak memang ramai gle orang and polis Thailand pun ada jaga...Ayah aku cakap, kalau Hari Nak memang tak boleh cross, setakat membeli dari sampan je...ntah, aku tak pasti, tak penah tengok.

Aku pergi kejap je dalam 10 minit sebab kejap2 tepon bunyik, bos aku call...Suruh balik cepat2 sebab dia dah bosan...Hah! tu la, aku ajak ikut tak mo...haha~

Layan da pixz~

 "Mereka tu org malaysia yer dtg shopping"

"Lengang"

"Kosong"

"Malaysia side"

"Buah pauh, ke manga?"

"Selamat Datang"

"Time to go"

"Tambang sorang singgit je"

"Bye-bye Bumi Siam"

Sunday, April 8, 2012

Kisah Hujung Minggu I : Kau Ingat Nie Hotel?

Hari : Jumaat
Waktu : 12.09 tghari
Lokasi : Rumah Bonda

Dengan berbaju melayu merah jambu muda, berseluar slack itam dan berkopiah putih, aku dengan penuh bergaya keluar bilik untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat sebelum di sapa oleh ayahanda yang disayangi.

Mula2nya aku ingatkan ada perkara penting yang nak dibagitau, tapi aku silap, ayahanda nak bagi "ceramah free" kat aku sebenarnya.

Panjangnya ceramah yang diberikan memakan masa 15 minit, dah la waktu tu aku dalam keadaan mengejar masa, tapi aku tak mampu nak buat apa2 selain mendiamkan diri, dan tunduk memandang lantai...menikus~

Antara kandungan2 penting ceramahnya;

"Balik rumah orang semua dah tidur, keluar rumah orang tak bangun lagi, nie balik tak sampai 15 minit dah nak pergi pulak?"

"Kau ingat nie hotel ke?"

Tersentap aku seketika.

Kenapa terjadi aksi di atas? ceritanya macam nie, hari Khamis tu aku balik agak lewat malam, lebih kurang pukul 11 lebih sampai rumah dan keadaan rumah dah sunyi sepi, semua orang dah masuk tidur. Kemudian, pagi Jumaat tu pulak, aku keluar awal pagi, subuh dah keluar sebab aku ada pengajian kitab selepas waktu solat subuh dan aku dah inform kepada Umi pun yang aku nak keluar pagi tu.

Lepas habis pengajian tersebut, aku terpaksa masuk pejabat kejap sebab ada urusan dengan "org kl" yang sibuk duk suruh tgk surat yang di fakskan ke pejabat hari Jumaat (wey, kelantan cuti la Jumaat, postponed hari Isnin je urusan tak ley ke? kadang2 sangat menyampah dengan urusan pentadbiran antara negeri yang tak sama cutinya, menyusahkan hidup!). Selesai tugasan di pejabat pukul 11 lebih, dapat pulak call  kena naek Kedah lepas solat Jumaat, ada urusan urgent nak kena settlekan kat sana. Terpaksa la siapkan dokumen2 yang berkaitan.

Selesai, sampai rumah dekat pukul doblas, waktu tu baru terserempak dengan Ayahanda then bagitau nak kena naek Kedah lebih kurang, kemudian aku berlari kejar mandi, kemas bag segala bagai...then (sambung cerita di atas)

haa...itu la yang berlaku, sentap kna fire dengan ayahanda sendiri ok...dah lame gle lak tu tak kna fire, ada dalam 4,5 tahun dah, nie kna balik...

susah gak duk ngan parents nie, aku terfikir nak cari rumah sewa la...senang! tp kan terasa la plak kedua org tua ku itu...cena hah?

Tuesday, April 3, 2012

Masih Tercari2???

Ok lah, entry untuk kali ini sangat dan amat lah tidak penting sebenarnya...(rosak BM aku~)

So, no force bagi sesape yang nak baca, bagi yang tak mo baca pun tak pe.

Tapi, aku pasti member2 yang mengenali aku secara realitinya memang menantikannya, ntah aku pun tak paham!

Tulisan di bawah nie di tulis di bawah pengaruh dan godaan syaitan laknatullah...so, ayat2 nya agak menyakitkan hati~

Jadi, bagi sesape yang nak baca silalah klik "read more" di bawah tu yek~


Saturday, March 24, 2012

Welcome Home~

Welcome Home Black V...

I sayang U lebey...ehe~

p/s: Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah swt atas kurniaan nikmat yg tidak berbelah bahagi kepada aku...

"Am Moving Forward Now"

Friday, February 24, 2012

Bekerja Sebelum Bercuti

Today is Friday and here I am at the office working...Iye, aku tahu bekerja pada hari Jumaat itu adalah perkara biasa bagi kebanyakkan negeri, tapi bagi negeri Kelantan, hari Jumaat adalah hari minggu.

Oleh kerana aku telah memohon untuk bercuti pada hari Ahad dan Isnin ini, dan cuti aku pun dah lulus, jadi aku terpaksalah menyiapkan segala dokumen-dokumen berkaitan yang aku rasa mungkin diperlukan sepanjang ketiadaan aku, sebabnya aku tak mahu waktu cuti nanti, henpon asyik berdering je orang duk tepon. Kalau itu berlaku, baik aku tak payah cuti, ye tak?

Kali nie memang terpaksa ambil cuti walaupun dalam keadaan sibuk tahap gaban skali pun sebab program dah planning dekat 3 bulan dah, tiket dah booking segala bagai, tak kan nak cancel plak...

Jadi, di sinilah aku hari nie, di pejabat, berusaha menyiapkan segalanya dengan sebaik mungkin walaupun aku tahu aku tak perfect, tapi aku masih mencuba yang terbaik.

"Stress" :P

Till then, jumpa lagi dalam entry len~

Tuesday, February 14, 2012

Khas Untuk Kamu

Hey korang~

Cuba la tengok ke bahagian kiri blog aku nie...nampak tak, nampak tak? ape, tak nampak! korang carik betul2 ke tak nie? ape lah korang nie, saje je tau...

Tengok la, aku dah dapatkan mesin chit chat baru khas buat korang semua...jadi, lepas nie buat2 la tinggal jejak kat situ supaya aku boley cari balik korang...and then, we can be friends...XD

~Moh Kita~

Friday, February 3, 2012

Tiara Sakit

To begin with, aku siap-siap bagitau korang Tiara tu laptop aku...aku yang namakan sedemikian...hehe~

Back to the story, Tiara merupakan teman wanita (versi laptop) paling rapat dengan aku. dah lama kami bersama, dah mencecah umur 4 tahun. Sepanjang perkenalan kami, Tiara tetap bersama dengan aku kemana saja aku pergi. di mana aku ada, di situ dia ada, begitu setia dia menemani aku.

Sepanjang kami bersama, Tiara tidak pernah buat hal, tidak pernah cuba menyakitkan hati aku, tidak pernah sentap dengan aku, tidak pernah untuk berkata tidak dalam melayani "nafsu" aku, tidak pernah merungut kerana saban hari asyik mendengar leteran aku.

Sebaliknya aku yang selalu menyakiti Tiara, aku sakiti perasaan Tiara, aku paksa Tiara bekerja seharian tanpa henti, aku seolah-olah tidak mempedulikan tentang perasaan Tiara langsung.

3 tahun yang lepas, waktu aku asyik menggunakan "tubuh" Tiara, tiba-tiba Tiara pengsan. aku ingatkan Tiara hanya bergurau dengan aku, tetapi aku silap. waktu itu hanya Tuhan saje yang tahu betapa cuaknya hati aku. akhirnya aku terpaksa hantarkan Tiara ke "hospital".

"Doctor" mengesahkan bahwa Tiara koma dan terpaksa di tahan selama seminggu. aku pasrah menerima arahan Doctor tersebut. sepanjang seminggu itu aku terkenangkan waktu-waktu aku bersama Tiara, waktu pertama kali kami diperkenalkan oleh kawan aku, memang segar ingatan tersebut menyebabkan aku tidak lena tidur.

Tapi akhirnya selepas seminggu, Doctor mengesahkan Tiara sudah pulih, betapa gembiranya aku menerima perkhabaran tersebut, aku bersyukur sebab Tiara dikembalikan semula ke dalam hidup aku dan aku berjanji akan menjaganya dengan baik.

Dan selepas 3 tahun berlalu, sekali lagi Tiara diserang penyakit misteri. wajah jelita Tiara telah dirobek menjadi buruk oleh siapa pun aku tidak pasti -mungkin angkara virus yang saban hari cuba mengganggu hidup Tiara- menyebabkan Tiara hilang keyakinan diri kerana menyangkakan aku sudah bencikan dia.

Dan beberapa minggu lepas sekali lagi episod buruk dalam hidup Tiara terjadi apabila Tiara telah "diperkosa" di depan mata aku sendiri. siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut memang celaka dan aku takkan maafkan beliau. kejadian tersebut menambahkan satu lagi titik hitam dalam hidup Tiara.

Oleh kerana kasihankan Tiara yang sudah hampir hilang keyakinan diri, aku mengambil langkah nekad menghantar Tiara untuk di "format" kembali bagi mengembalikan Tiara kepada wajah asal. mungkin apa yang aku dapat, tidak sama seperti Tiara yang asal, tapi aku masih bersyukur kerana Tiara masih juga bersama aku...dan Tiara aku nak kau tahu yang aku sangat menyayangi dan mencintaimu...

 "tengok, wajah Tiara dah tak jelita seperti selalu"
aku tak pasti sebenarnya apa masalah yang terjadi, samaada virus atau kerosakan pada skrin tersebut

"see, betapa huduhnya wajah Tiara, nak tengok video pun tak ley"
Eh, video dlu2 waktu menari, nostalgia betul video nie...hehe~

"wajah asal Tiara, jelita kan"
waktu nie aku tengah berusaha menyelamatkan file2 dalam laptop tersebut sebab nak hantar g format...

p/s: ubah suai perkataan kembali yek;

hospital = kedai baiki laptop
doctor = technician
diperkosa = digodam

Saturday, January 28, 2012

Super Duper Lazy

Hari nie aku bercadang nak kuar, bukan nak pergi shopping ke tidak cuma nak jalan-jalan, pusing-pusing, ronda-ronda, memerhati gelagat manusia di bandar KB, but I'm super duper lazy to do so...

Jadi aku duk lepak je di rumah layan muvie sambil makan coklat Van Houten (stok cokelat terakhir) ...

=)