Friday, February 24, 2012

Bekerja Sebelum Bercuti

Today is Friday and here I am at the office working...Iye, aku tahu bekerja pada hari Jumaat itu adalah perkara biasa bagi kebanyakkan negeri, tapi bagi negeri Kelantan, hari Jumaat adalah hari minggu.

Oleh kerana aku telah memohon untuk bercuti pada hari Ahad dan Isnin ini, dan cuti aku pun dah lulus, jadi aku terpaksalah menyiapkan segala dokumen-dokumen berkaitan yang aku rasa mungkin diperlukan sepanjang ketiadaan aku, sebabnya aku tak mahu waktu cuti nanti, henpon asyik berdering je orang duk tepon. Kalau itu berlaku, baik aku tak payah cuti, ye tak?

Kali nie memang terpaksa ambil cuti walaupun dalam keadaan sibuk tahap gaban skali pun sebab program dah planning dekat 3 bulan dah, tiket dah booking segala bagai, tak kan nak cancel plak...

Jadi, di sinilah aku hari nie, di pejabat, berusaha menyiapkan segalanya dengan sebaik mungkin walaupun aku tahu aku tak perfect, tapi aku masih mencuba yang terbaik.

"Stress" :P

Till then, jumpa lagi dalam entry len~

2 comments:

Mr.G said...

Eh.eh.update rupenye. Today is my first time of 2012 walking to your blog. Till then.

Ted said...

ehe...thank u so much~

aku menghargainya...jgn lupa utk singgah lagi yok~