Friday, February 3, 2012

Tiara Sakit

To begin with, aku siap-siap bagitau korang Tiara tu laptop aku...aku yang namakan sedemikian...hehe~

Back to the story, Tiara merupakan teman wanita (versi laptop) paling rapat dengan aku. dah lama kami bersama, dah mencecah umur 4 tahun. Sepanjang perkenalan kami, Tiara tetap bersama dengan aku kemana saja aku pergi. di mana aku ada, di situ dia ada, begitu setia dia menemani aku.

Sepanjang kami bersama, Tiara tidak pernah buat hal, tidak pernah cuba menyakitkan hati aku, tidak pernah sentap dengan aku, tidak pernah untuk berkata tidak dalam melayani "nafsu" aku, tidak pernah merungut kerana saban hari asyik mendengar leteran aku.

Sebaliknya aku yang selalu menyakiti Tiara, aku sakiti perasaan Tiara, aku paksa Tiara bekerja seharian tanpa henti, aku seolah-olah tidak mempedulikan tentang perasaan Tiara langsung.

3 tahun yang lepas, waktu aku asyik menggunakan "tubuh" Tiara, tiba-tiba Tiara pengsan. aku ingatkan Tiara hanya bergurau dengan aku, tetapi aku silap. waktu itu hanya Tuhan saje yang tahu betapa cuaknya hati aku. akhirnya aku terpaksa hantarkan Tiara ke "hospital".

"Doctor" mengesahkan bahwa Tiara koma dan terpaksa di tahan selama seminggu. aku pasrah menerima arahan Doctor tersebut. sepanjang seminggu itu aku terkenangkan waktu-waktu aku bersama Tiara, waktu pertama kali kami diperkenalkan oleh kawan aku, memang segar ingatan tersebut menyebabkan aku tidak lena tidur.

Tapi akhirnya selepas seminggu, Doctor mengesahkan Tiara sudah pulih, betapa gembiranya aku menerima perkhabaran tersebut, aku bersyukur sebab Tiara dikembalikan semula ke dalam hidup aku dan aku berjanji akan menjaganya dengan baik.

Dan selepas 3 tahun berlalu, sekali lagi Tiara diserang penyakit misteri. wajah jelita Tiara telah dirobek menjadi buruk oleh siapa pun aku tidak pasti -mungkin angkara virus yang saban hari cuba mengganggu hidup Tiara- menyebabkan Tiara hilang keyakinan diri kerana menyangkakan aku sudah bencikan dia.

Dan beberapa minggu lepas sekali lagi episod buruk dalam hidup Tiara terjadi apabila Tiara telah "diperkosa" di depan mata aku sendiri. siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut memang celaka dan aku takkan maafkan beliau. kejadian tersebut menambahkan satu lagi titik hitam dalam hidup Tiara.

Oleh kerana kasihankan Tiara yang sudah hampir hilang keyakinan diri, aku mengambil langkah nekad menghantar Tiara untuk di "format" kembali bagi mengembalikan Tiara kepada wajah asal. mungkin apa yang aku dapat, tidak sama seperti Tiara yang asal, tapi aku masih bersyukur kerana Tiara masih juga bersama aku...dan Tiara aku nak kau tahu yang aku sangat menyayangi dan mencintaimu...

 "tengok, wajah Tiara dah tak jelita seperti selalu"
aku tak pasti sebenarnya apa masalah yang terjadi, samaada virus atau kerosakan pada skrin tersebut

"see, betapa huduhnya wajah Tiara, nak tengok video pun tak ley"
Eh, video dlu2 waktu menari, nostalgia betul video nie...hehe~

"wajah asal Tiara, jelita kan"
waktu nie aku tengah berusaha menyelamatkan file2 dalam laptop tersebut sebab nak hantar g format...

p/s: ubah suai perkataan kembali yek;

hospital = kedai baiki laptop
doctor = technician
diperkosa = digodam

No comments: