Monday, April 23, 2012

Bumi Siam

Setelah lame berada dalam draft, akhirnya ter-publish juga...

2 minggu lepas, aku berpeluang untuk pijak Bumi Siam for the first dalam idop aku tanpa menggunakan buku merah...ia aktiviti yang tak dirancang sebenarnya, waktu tu aku odw nak g tengok site bagi projek kontrak baru dan kebetulan lalu kat tepi Sg Golok sebelum bos aku tibe2 bersuara,

"jom pergi Munduk"

Dan disahut dengan nada gembira oleh sahabat aku sorang lagi...

Tiba masa nak cross Sg Golok, bos aku tak pegi jadi lak...hish, penat aku pujuk tak jalan gak...akhirnya aku tinggalkan dia, aku pergi dengan sahabat aku yang dari tadi dah ada kat dalam sampan nak cross sungai.

Quite takut gak sebab baru je lepas berlaku eksiden pengeboman kat sempadan kan, but lucky hari tu bukan Hari Nak...so, lengang je la, orang menjual pun takat 2,3 ketul je...Kalau Hari Nak memang ramai gle orang and polis Thailand pun ada jaga...Ayah aku cakap, kalau Hari Nak memang tak boleh cross, setakat membeli dari sampan je...ntah, aku tak pasti, tak penah tengok.

Aku pergi kejap je dalam 10 minit sebab kejap2 tepon bunyik, bos aku call...Suruh balik cepat2 sebab dia dah bosan...Hah! tu la, aku ajak ikut tak mo...haha~

Layan da pixz~

 "Mereka tu org malaysia yer dtg shopping"

"Lengang"

"Kosong"

"Malaysia side"

"Buah pauh, ke manga?"

"Selamat Datang"

"Time to go"

"Tambang sorang singgit je"

"Bye-bye Bumi Siam"

Sunday, April 8, 2012

Kisah Hujung Minggu I : Kau Ingat Nie Hotel?

Hari : Jumaat
Waktu : 12.09 tghari
Lokasi : Rumah Bonda

Dengan berbaju melayu merah jambu muda, berseluar slack itam dan berkopiah putih, aku dengan penuh bergaya keluar bilik untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat sebelum di sapa oleh ayahanda yang disayangi.

Mula2nya aku ingatkan ada perkara penting yang nak dibagitau, tapi aku silap, ayahanda nak bagi "ceramah free" kat aku sebenarnya.

Panjangnya ceramah yang diberikan memakan masa 15 minit, dah la waktu tu aku dalam keadaan mengejar masa, tapi aku tak mampu nak buat apa2 selain mendiamkan diri, dan tunduk memandang lantai...menikus~

Antara kandungan2 penting ceramahnya;

"Balik rumah orang semua dah tidur, keluar rumah orang tak bangun lagi, nie balik tak sampai 15 minit dah nak pergi pulak?"

"Kau ingat nie hotel ke?"

Tersentap aku seketika.

Kenapa terjadi aksi di atas? ceritanya macam nie, hari Khamis tu aku balik agak lewat malam, lebih kurang pukul 11 lebih sampai rumah dan keadaan rumah dah sunyi sepi, semua orang dah masuk tidur. Kemudian, pagi Jumaat tu pulak, aku keluar awal pagi, subuh dah keluar sebab aku ada pengajian kitab selepas waktu solat subuh dan aku dah inform kepada Umi pun yang aku nak keluar pagi tu.

Lepas habis pengajian tersebut, aku terpaksa masuk pejabat kejap sebab ada urusan dengan "org kl" yang sibuk duk suruh tgk surat yang di fakskan ke pejabat hari Jumaat (wey, kelantan cuti la Jumaat, postponed hari Isnin je urusan tak ley ke? kadang2 sangat menyampah dengan urusan pentadbiran antara negeri yang tak sama cutinya, menyusahkan hidup!). Selesai tugasan di pejabat pukul 11 lebih, dapat pulak call  kena naek Kedah lepas solat Jumaat, ada urusan urgent nak kena settlekan kat sana. Terpaksa la siapkan dokumen2 yang berkaitan.

Selesai, sampai rumah dekat pukul doblas, waktu tu baru terserempak dengan Ayahanda then bagitau nak kena naek Kedah lebih kurang, kemudian aku berlari kejar mandi, kemas bag segala bagai...then (sambung cerita di atas)

haa...itu la yang berlaku, sentap kna fire dengan ayahanda sendiri ok...dah lame gle lak tu tak kna fire, ada dalam 4,5 tahun dah, nie kna balik...

susah gak duk ngan parents nie, aku terfikir nak cari rumah sewa la...senang! tp kan terasa la plak kedua org tua ku itu...cena hah?

Tuesday, April 3, 2012

Masih Tercari2???

Ok lah, entry untuk kali ini sangat dan amat lah tidak penting sebenarnya...(rosak BM aku~)

So, no force bagi sesape yang nak baca, bagi yang tak mo baca pun tak pe.

Tapi, aku pasti member2 yang mengenali aku secara realitinya memang menantikannya, ntah aku pun tak paham!

Tulisan di bawah nie di tulis di bawah pengaruh dan godaan syaitan laknatullah...so, ayat2 nya agak menyakitkan hati~

Jadi, bagi sesape yang nak baca silalah klik "read more" di bawah tu yek~