Sunday, April 8, 2012

Kisah Hujung Minggu I : Kau Ingat Nie Hotel?

Hari : Jumaat
Waktu : 12.09 tghari
Lokasi : Rumah Bonda

Dengan berbaju melayu merah jambu muda, berseluar slack itam dan berkopiah putih, aku dengan penuh bergaya keluar bilik untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat sebelum di sapa oleh ayahanda yang disayangi.

Mula2nya aku ingatkan ada perkara penting yang nak dibagitau, tapi aku silap, ayahanda nak bagi "ceramah free" kat aku sebenarnya.

Panjangnya ceramah yang diberikan memakan masa 15 minit, dah la waktu tu aku dalam keadaan mengejar masa, tapi aku tak mampu nak buat apa2 selain mendiamkan diri, dan tunduk memandang lantai...menikus~

Antara kandungan2 penting ceramahnya;

"Balik rumah orang semua dah tidur, keluar rumah orang tak bangun lagi, nie balik tak sampai 15 minit dah nak pergi pulak?"

"Kau ingat nie hotel ke?"

Tersentap aku seketika.

Kenapa terjadi aksi di atas? ceritanya macam nie, hari Khamis tu aku balik agak lewat malam, lebih kurang pukul 11 lebih sampai rumah dan keadaan rumah dah sunyi sepi, semua orang dah masuk tidur. Kemudian, pagi Jumaat tu pulak, aku keluar awal pagi, subuh dah keluar sebab aku ada pengajian kitab selepas waktu solat subuh dan aku dah inform kepada Umi pun yang aku nak keluar pagi tu.

Lepas habis pengajian tersebut, aku terpaksa masuk pejabat kejap sebab ada urusan dengan "org kl" yang sibuk duk suruh tgk surat yang di fakskan ke pejabat hari Jumaat (wey, kelantan cuti la Jumaat, postponed hari Isnin je urusan tak ley ke? kadang2 sangat menyampah dengan urusan pentadbiran antara negeri yang tak sama cutinya, menyusahkan hidup!). Selesai tugasan di pejabat pukul 11 lebih, dapat pulak call  kena naek Kedah lepas solat Jumaat, ada urusan urgent nak kena settlekan kat sana. Terpaksa la siapkan dokumen2 yang berkaitan.

Selesai, sampai rumah dekat pukul doblas, waktu tu baru terserempak dengan Ayahanda then bagitau nak kena naek Kedah lebih kurang, kemudian aku berlari kejar mandi, kemas bag segala bagai...then (sambung cerita di atas)

haa...itu la yang berlaku, sentap kna fire dengan ayahanda sendiri ok...dah lame gle lak tu tak kna fire, ada dalam 4,5 tahun dah, nie kna balik...

susah gak duk ngan parents nie, aku terfikir nak cari rumah sewa la...senang! tp kan terasa la plak kedua org tua ku itu...cena hah?

2 comments:

Anonymous said...

Lepas tu ko jalan hentak2 kaki kan? dah tau dah.

Ted said...

wahai Anon...

idok ler aku nak hentak2 kaki camtu, kau ingat aku ni kanak2 riang ria ke? haha~