Sunday, July 8, 2012

Terperangkap

Assalamualaikum

Satu updated yang ringkas.

Aku terperangkap dalam mainan psikologi yang aku sendiri mulakan.

Sekarang aku dah buntu.

Perasaan aku sangat berbelah bahagi dan aku tak dapat nak buat keputusan terbaik.

I'm doomed!

Mr Google

Sunday, July 1, 2012

Aku Ditusuk

Assalamualaikum

Petang tadi aku dan beberapa orang teman telah mengerah keringat di tapak projek dalam keadaan masih berpakaian ofis sebab kitaorang tak tahan melihat kayu yang bersepah disebabkan bangla bodoh tak bertanggungjawab. Jadi kami sama-sama bergotong-royong menyusun balik kayu-kayu yang dah digunakan tapi masih elok lagi.

Dalam sedang asyik melakukan kerja, tiba-tiba aku terasa kaki aku tertusuk sesuatu, lantas menyebabkan aku terjerit!

"ahH~" 

(sungguh comel dan nakal jeritan aku tersebut, tapi bukan aku sengaja, dah itu yang terkeluar secara spontan, so blame the mouth..haha~)

Walla, kakiku tembus ditusuk paku sepanjang 2 inci. Aku tak pasti berkarat ke tidak sebab teman aku terus amik kayu tu terus buang, macam dia plak yang marah. Aku tengok tembus kasut Bata aku yang berharga RM 59.99 itu. First time nie berlaku~

Aku terus berhenti, bergerak ke tepi dan duduk. Lempar kasut, tarik stokin.

"Eh, tak berdarah...ajaib!" 

Rileks je aku. Tapi teman aku sorang tu dengar, namanya Abg Din. Terus dia datang dengan kayu 1x2 di tangan.

Diketuk-ketuknya kaki aku dengan kayu tersebut, supaya darah keluar katanya. Memang la payah darah nak keluar sebab petang, kalau tengahari harus darah aku mengalir tak henti-henti. Tapi, pas beberapa minit, memang keluar darah, siap menitik lagi.

Pastu dia tinggalkan aku, hilang pergi cari ape ntah di sebalik semak dan kemudian datang balik dengan sebatang keladi di tangan dia. Dipenyek-penyeknya keladi tersebut untuk keluarkan getah, dia cakap getah keladi nie mujarab. Aku ada la gak tanya apa nama keladi tu, siap dua kali tanya, tapi masih gak lupa ape nama dia...haha~

Diikatnya kaki aku dengan keladi yang dipenyek tu, dia cakap jangan bukak lagi, pakai je terus dengan stokin tu, bagi lama sikit.

Boss aku tengok dari jauh je sebab takut darah katenya...hampeh! tapi dia duk tanya tak sakit ke, tak berdenyut ke. Aku cakap memang tak rasa apa-apa pun, geli ada la.

Tapi, aku masih gak dapatkan injection sebab tak pasti paku tadi berkarat ke tidak. Jadi, sebagai precaution sajalah..hehe~