Thursday, October 11, 2012

Second (2nd)

Pejam celik, pejam celik rupa-rupanya dah dua tahun aku berada di alam pekerjaan, bukan setakat tu je, dah dua tahun juga aku bersama dengan syarikat tempat aku bekerja sekarang. alam belajar sudah lame aku tinggalkan dan banyak ilmu yang aku pelajari, aku semakin lupa. bukan apa, sebab bidang aku belajar dengan bidang aku bekerja sangat jauh bezanya, tiada kaitan langsung. yelah, bidang health dengan bidang construction, camne nak kaitkan tu?

Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang nie, aku langsung tak menyesal dengan apa yang telah ditakdirkan untuk diri aku walaupun banyak pihak seolah-olah tidak dapat terima dengan apa yang aku buat sekarang. biasalah manusia, bukan aku dapat tutup pun mulut diaorg apatah lagi nak mengawal hati diaorg. jadi, aku buat bodo jela~

Ok, bagi yang berminat nak tau update terbaru pasal diri aku, cewah, perasan selebriti gitu...aku masih lagi single, muka masih berjerawat, berat badan dah bertambah2 dan kalau yang lama tak jumpa aku tiber2 jumpa tu, terima kasih sebab korg selalu mendoakan kesihatan aku dengan berkata:

"ted!!!makin sihat"

maceh yer uollss~

(sambung) aku belum berkahwin, aku belum ada anak, potongan rambut masih lagi macam dulu, nerd...sekarang aku dah pandai mengarahkan orang, dah pandai marah2 orang, maki2 orang, tengking je belum -orang tu merujuk kepada pekerja yer- dan juga aku dah pandai senyum sorang2, haha macam org tak betul lak.

Macam biasa hidup aku ada turun, ada naik, tapi secara keseluruhannya aku gembira with my life...gembira pun sebab ada 2 insan istimewa dalam hidup aku...teeeettttt! tak mo citer yang tu...haha~ wah dua, sangat la bertepatan dengan aku menyambut anniversary ke-2...adakah aku perlu mencari insan ke-3 bilamana aku menyambut anniversary ke-3? teeeetttt! tak mo jawab...haha~

Disebabkan tak de sesape pun nak wish untuk aku, so aku wish la untuk diri aku sendiri,

"Happy 2nd Anniversary"

p/s: ok la, aku da nak tdo. lagipun da lewat nie, sok nak keje. btw, update nie waktu aku outstation~

2 comments:

padilchan said...

sangat dur... dah ad dua org yek. xtau pun. lala~

Ted said...

2 la..yg di sini satu, dan yang di sini gak satu...haha~