Monday, December 31, 2012

Kisah Awana Kijal

Baru aku teringat yang aku ada hutang dengan korang pasal Awana Kijal, tempat aku menginap tempoh hari, rujuk sini. Dipendekkan cerita, tujuan aku ke sini sebenarnya aku sendiri pun tak pasti, cadangnya nak rehatkan kepala lepas 1 bulan lebih melalui detik yang "memenatkan" dalam hidup tapi tak jugak hilang penatnya. Ntah, aku pun tak faham~

Eh! melalut la pulak. Ok lah kita sambung, aku pilih Deluxe Room sebabnya murah...hehe~ Hakikatnya tak lah murah sangat, tapi aku dapat harga bilik kurang 50% daripada harga asal bilik terima kasih kepada Agoda dan kepada member yang telah mem-booking-kan bilik itu bagi pihak aku.

Masa nak check-in, receptionist datang menatang dulang yang ada 2 ketul gelas kecil cik mek molek air sejuk yang dicampur ape ntah, tapi menarik sebab manis.

"Selamat datang ke Awana Kijal. En dah buat booking?

"Dah" - sambil hulur kertas confirmation booking

"En Firdaus datang untuk urusan keje ke bercuti?

"Bercuti!"

"Sorang je?" - terkejut dia, siap pandang aku lagi macam tak percaya

"Yup. Kenape?"

"Bosan laa sorang2"

Aku senyum sinis, dalam hati aku, shuddap u pompuan, menyibuk je~

Dah malas nak taip panjang2. Cukup la setakat tu je kot. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Awana Kijal nie, korang bolehlah klik di sini. Korang boleh dapat segala mak nenek info kat web dia tu. Kalau nak lebih lagi, baca review blogger lain yek, ramai yang buat review pasal hotel nie. Kalau korang nak bercuti bawa keluarga, bolehlah datang sini, jauh dari kesibukan bandar, just nice~

Ok, layan gambar yang tak seberapa di bawah.

 "The Bilik - Deluxe Room"

 
"Laluan masuk"

"Bilik airnya, tak best la"

"No, thats not me"

"Lagi ruangan"

"Pantainya kenapa tak de orang? sebab musim tengkujuh sayang ooi"

 "Bersantai?"

 "Tak de motif"

 "The deco"

 "Bilik dia banyak ok"

 "Giant Chess, can you spot it?"

 "Nak gi mane?"

 "Anda jangan tersalah dengan shopping mall yer. Ini bukan shopping mall tapi lobi hotel"

 "Pandangan dari aras aku, aras 7, semua ada 9 aras"

p/s: what do i missed? pandai, swimming pool. i hate to talk about it. 3 hotel pegi, yang nie 1st, hari kedua kat Alor Staq dan hari ketiga kat Kangar, tiga2 tak masuk swimming pool...sentap~

No comments: