Sunday, December 16, 2012

The Beginning Of The End

Asif sebab lama sudah aku tidak mencoretkan sepatah dua kata dalam blog ini.

Aku sekarang dalam fasa melalui keadaan-keadaan yang agak sukar dalam hidup aku. Terlalu banyak perkara yang bermain di benak fikiran aku ketika ini.

Mungkin orang-orang yang berada disekeliling aku memikirkan yang aku tidak mempunyai masalah kerana melihatkan wajah aku yang sentiasa ceria, tapi sebenarnya keceriaan itu adalah palsu semata-mata untuk mengelakkan daripada orang yang berada disamping aku risau walaupun mereka sebenarnya tidak mengendahkan langsung tentang apa yang aku rasakan. 

Aku tidak mahu bercakap panjang tentang hal ini kerana takut orang beranggapan aku ingin mengharapkan belas kasihan daripada korang. Tidak sama sekali!

Insyaallah aku akan cuba kuatkan semangat untuk menghadapi setiap ujian yang diberikan dan Alhamdulillah walaupun aku rasakan sudah tidak ada sesiapa untuk bergantung, masih ada lagi insan yang sudi untuk menggembirakan aku, mendengar rintihan aku, memberi kata-kata perangsang supaya aku tidak patah semangat dan aku tidak lupa sebaik-baik tempat untuk merintih adalah dengan kembali kepada Pencipta Yang Maha Mendengar.


No comments: